Bahan-bahannya:
1/2 liter susu segar
50 gm agar-agar
70 gm gula kastor
30 gm cincau (potong dadu)
1 liter air
sedikit pewarna hijau dan merah
Cara menyediakannya :
Panaskan periuk dan masukkan air. Selepas itu masukkan agar-agar dan biarkan ia larut. Untuk lapisan luar tembikai, ambil separuh susu segar dan panaskan. Ambil sedikit agar-agar yang telah dicairkan dan masukkan kedalam susu bersama sedikit pewarna hijau. Tuang ke dalam acuan dan ketepikan. Untuk lapisan tembikai pula, ambil susu segar yang selebihnya dan panaskan. Kemudian masukkan gula, cincau dan sedikit pewarna merah. Kemudian, tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk.
Cantik...menarik..sesuai utk function yg melibatkan kanak2..
ReplyDeletecik fieza :
ReplyDeletepd mama bkn hanya kanak2 tapi org dewasa pun suke yang cantik2..n sedap..:)