Bahan-bahan :
1 ekor ayam
garam dan kunyit untuk digaul bersama ayam
minyak untuk menumis
1 mangkuk pati santan
3 batang serai, diketuk
3 keping asam gelugur
sedikit gula merah, garam dan gula putih
Bahan-bahan untuk dikisar :
100 gm cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan
Cara-cara :
Ayam dipotong lapan dan dicuci bersih. Gaul garam dan kunyit pada ayam, perap 20 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan santan, serai, asam gelugur, gula merah, garam dan gula putih. Kacau sehingga sebati. Masak sehingga kuah pekat. Lumur kuah pada ayam yang sudah dibakar. Bakar ayam sekali lagi sehingga tampak berminyak. Baki kuah boleh dituang pada ayam ketika dihidangkan.
ayam percikkkkkkk :D
ReplyDeletesedapnyee :D .. terus jadi lapa~ huu
ReplyDeletenak perap ayam tu perlu simpan dalam petisejuk tak...
ReplyDeletemeaw :
ReplyDeletejom masak...:)
alif haris :
ReplyDeletemmg sedap..:)
Green apple :
ReplyDeletekalau sekejap je dalam 20 minit xpayah simpan dalam peti sejuk pun xpe..tapi kalau nak perap lama sikit, kita perlu simpan dalam peti sejuk..lagi lama kita perap lagi sedap sebab bahan2 tu dah mesra...selamat mencube..:)
hi mama, great recipe for ayam percik. can i have the permission to use that ayam percik photo for my blog?
ReplyDeleteRaihan : dipersilakan..:)
ReplyDelete