jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 1, 2011

Puding lapis koko


Bahan lapisan kuning :

4 1/2 gelas susu cair
1 gelas gula
10 gm agar-agar serbuk
3 biji kuning telur
20 gm tepung jagung
esen vanila

Bahan lapisan coklat :

4 biji kuning telur
30 gm margerin
5 gm agar-agar serbuk
250 gm coklat masakan
1 gelas gula
2 gelas susu cair

Cara menyediakannya :

Kita buat lapisan kuning dahulu. Pukul telur hingga kembang dan ketepikan. Jerangkan bahan-bahan yang lain (lapisan kuning) dalam periuk. Kacau sehingga ia mendidih. Setelah mendidih masukkan telur. Kacau hingga sebati. Tuangkan kedalam acuan. Biarkan ia keras. Setelah lima belas minit kita sediakan bahan lapisan coklat. Cairkan coklat masakan dan margerin secara double boiler. Kemudian pukul telur hingga kembang. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau sebati. Jerangkan agar-agar, susu dan gula hingga mendidih. Setelah mendidih tuangkan adunan coklat tadi. Kacau sebati. Tuangkan ke lapisan kuning.

4 comments:

  1. mama sukatan tue mmg ikut gelas ke? bukan cawan?

    ReplyDelete
  2. kita boleh gunakan gelas atau cawan, tapi pastikan acuan tetap sama.

    ReplyDelete
  3. mma...~ double boiler 2 cmne..??
    maaflah..seyesly xtw...huhu.. =,=''

    ReplyDelete
  4. Eizarazierya :

    double boiler tu maksudnya..mule2 kita ambil periuk, masukkan air pastu didihkan air tu, dalam masa yang sama kita letakkan coklat dalam bekas lain pastu letak kat atas periuk yang airnya mendidih tu...ok eiza...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...