jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 1, 2011

Puding mangga


Bahan-bahannya:

Bahan-bahannya:

325 gm puri mangga
125 ml air
100 gm kuning telur
150 gm gula
20 gm serbuk agar-agar
212 ml susu segar
400 ml krim UHT

Cara menyediakannya :

Masakkan puri mangga dengan air. Sementara itu putar kuning telur dan gula hingga kembang. Tuangkan ke dalam puri yang telah di masak. Masak serbuk agar-agar bersama susu segar dan tuangkan ke dalam adunan di atas. Jangan lupa tuangkan sekali krim UHT ke dalam puri tadi. Kacau sebati dan tuangkan dalam acuan dan sejukkan.

4 comments:

  1. sedap nye mma...nk try wat.....huhu..
    p tkot pulak xjadi...huuu

    wink3 >_<

    ReplyDelete
  2. Eizarazierya :

    mmg sedap bile makan sejuk2..xpe la jgn takut untuk mencube..kalau xjadi utk 1st time, cube la setrusnya msti jadi..InsyaAllah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...