jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 3, 2011

Kuetiau goreng berempah


Bahan-bahannya :

Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih, ditumbuk
1 camca sedang cili boh
1 camca sedang rempah kari daging
50 gm udang, dibersihkan
50 gm isi ayam, dihiris
10 biji bebola ikan, dibelah dua
4 camca sedang kicap manis
300 gm kuetiau
sedikit garam
4 batang sawi, dikerat-kerat
200 gm tauge

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan cili boh dan rempah kari daging. Kacau sehingga rempah garing.

3. Masukkan udang, isi ayam, bebola ikan dan kicap manis. Kacau rata.

4. Masukkan kuetiau, garam, sawi dan tauge. Kacau sebati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...