jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 23, 2011

Mousse kiwi blueberi


Bahan-bahannya :

6 biji kuning telur
175 gm gula pasir
3 camca besar tepung kastard
400 ml krim putar
200 ml susu segar
2 biji kiwi, dikupas kulitnya
5 camca besar inti pai blueberi

Cara membuatnya :

Kacau kuning telur bersama separuh gula pasir dan tepung kastard di dalam mangkuk besar
sehingga sebati.
Jerang krim putar bersama susu segar di dlm periuk di atas api perlahan, kacau sehingga
sebati.
Tuang krim bersusu di dlm bancuhan kuning telur, kacau sehingga sebati.
Masukkan bancuhan tadi di dlm periuk, jerang semula di atas api perlahan sambil dikacau selalu
sehingga pekat. Biar suam.
Kisar kiwi bersama baki gula pasir sehingga sebati.
Kacau adunan bersama separuh bancuhan krim tadi. Hidang manisan di dalam gelas koktel.
Kacau blueberi didlm baki bancuhan krim. Bubuh bancuhan krim blueberi berselang seli dgn
bancuhan krim berkiwi (utk bakinya)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...