jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 22, 2011

Ayam masak bali


Bahan-bahannya :

1 kg ayam
10 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 1/2 sudu besar jintan manis
minyak sapi
1/2 tin kecil susu cair
1 biji limau nipis
1/2 cawan sos tomato
1/2 biji kelapa ( 3 cawan santan )
300 gm cili kering
1 sudu besar serbuk kunyit

Cara menyediakannya:

Bawang merah, bawang putih, jintan manis, halia dan serai hendaklah dikisar/digiling
sehingga halus. Perah limau dan ambil jusnya. Campurkan dgn susu cair dan dikacau
sehingga sebati. Biarkan sementara. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan-bahannya
yang telah dikisar berserta cili giling dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih sehingga
terbit baunya. Masukkan ayam bersama santan. Pastikan ia dimasak dgn api yang
perlahan. Pastikan ayam benar-benar empuk. Setelah itu masukkan sos tomato dan
susu cair yang telah dicampurkan dgn air limau tadi. Kacau sehingga pekat dan barulah
diangkat. Hiaskan dgn kismis dan hirisan badam.

*khas buat zakimuhammad*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...