jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Lempeng daun selom berinti cendawan


















Bahan-bahannya :

100 gm tepung serba guna
1/2 camca teh garam
1 biji telur
300 ml susu segar
50 gm daun selom, dicincang
minyak untuk mendadar
100 gm keju mozzarella, diparut
hirisan cili merah dan cili hijau

Cara membuatnya :

1- Bancuh semua bahan kecuali minyak dan keju sehingga sebati.

2- Panaskan minyak di dalam kuali (seelok-eloknya kuali leper). Dadarkan bancuhan sehingga mendapat lapan keping.

3- Gulung lempeng bersama inti (seperti membuat kuih ketayap). Atur lempeng berinti di dalam mangkuk dan tabur keju parut. Bakar lempeng sehingga keju cair.

4- Hias lempeng dengan hirisan cili merah dan cili hijau.

Bahan-bahan inti :

25 gm mentega
4 ulas bawang putih, ditumbuk
400 gm cendawan tiram, dihiris
50 gm tepung serba guna
1 camca teh serbuk cili
350 ml susu segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya :

1- Cairkan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan cendawan hiris. Kacau sehingga rata.

2- Tabur tepung pada bahan tumisan tadi. Kacau lagi.

3- Masukkan serbuk cili, susu segar, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sehingga inti pekat. Apabila inti cukup masak baru diangkat.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...