jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 23, 2011

Puri daging


Bahan-bahannya :

1 kg daging tetel (rebus sehingga lembut)
2 batang lobak merah
2 biji tomato (belah empat)
1/2 cawan minyak sapi
1/2 cawan tomato puri
3 sudu kicap masin
2 sudu besar gula
2 labu bawang besar (mayang)
10 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
10 tangkai cili merah (kisar)
10 biji badam (kisar)
3 sudu besar kerisik
1 tin susu cair
3 cawan air
1/2 sudu besar garam
rempah 4 sekawan
2 tangkai daun sup (hiris)
2 tangkai daun bawang (hiris)
2 sudu rempah beriani
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau

Cara menyediakannya :

Panaskan periuk, masukkan minyak masak dan tumis
bahan kisar, rempah 4 sekawan secukupnya, rempah
beriani, kerisik, tomato puri, kicap, gula, air, garam
secukup rasa, susu cair, lobak merah, daun sup dan daun
bawang serta minyak sapi. Gaul rata dan masak di atas
api perlahan sehingga mendidih. Masukkan daging tetel
yang telah direbus dan masak lagi sehingga mesra.
Masukkan tomato dan cili yang telah dibelah, masak
lagi sehingga agak pekat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...