jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 23, 2011

Dendeng daging mak long


Bahan-bahannya :

1 kg daging batang pinang (potong nipis)
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu kecil serbuk rempah beriani
2 sudu besar cili kering kisar
(kesemua serbuk rempah ini dicampur menjadi satu)
5 tangkai cili merah (kisar)
2 labu bawang besar (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 batang serai (kisar)
3 cm halia (kisar)
3 cm lengkuas (kisar)
3 sudu besar kerisik
2 biji kelapa parut (jadikan 2 cawan santan pekat dan
3 cawan santan cair)
2 batang serai (titik)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
3 helai daun limau purut
2 sudu kecil kicap pekat
1 batang kulit kayu manis

Cara menyediakannya :

Gaulkan daging dan campuran rempah, bahan kisar,
kicap, garam dan gula dan perapkan selama sejam.
Masukkan santan pekat bersama serai dan kulit kayu manis
kedalam kuali dan masak sehingga terbit minyak dan kacau
selalu. Masukkan daging perap tadi dan kacau rata sehingga
daging kecut. Tuangkan santan dan kerisik.
Masak di atas api perlahan dan kacau selalu.
Tuangkan air asam jawa dan daun limau purut.
Kacau rata dan masak sehingga daging lembut dan hampir
kering.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...