jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 23, 2011

aiskrim vanila bersos


bahan-bahannya:

4 biji kuning telur
110 gram gula kastor
2 titis esen mawar
150 gram krim putar
300ml susu segar

cara membuatnya:

putar kuning telur bersama gula kastor dan esen mawar sehingga kembang dan ringan.
masukkan krim putar bersama susu segar di dalam periuk kecil dan panaskan di atas api perlahan sehingga pekat tanpa mendidihkannya. angkat.
masak krim tadi, di dalam periuk bertingkat. masukkan kuning telur, kacau dengan pemukul telur sehingga pekat. tuang bancuhan aiskrim di dalam tin bakar dan biar sejuk.
simpan bancuhan di dalam peti sejuk bahagian dingin beku. sehingga beku, 2-3 jam.
ceduk aiskrim dan masukkan di dalam gelas koktel, tuang sos vanila di atasnya.

bahan-bahan untuk sos vanila :

1 biji kuning telur
40 gram gula kastor
1/3 cawan susu segar
beberapa titik esen vanila

cara membuatnya:

putar kuning telur bersama gula kastor sehingga ringan dan pekat.
jerang susu di dalam periuk kecil di atas api sederhana sehingga mendidih.
perlahankan api, masukkan adunan telur. kacau sehingga sos pekat.angkat.
masukkan esen vanila, kacau dalam seminit.
dah siap!!

*selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...