jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

Orange butter cupcakes


200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar susu tepung
250 gm butter
5 biji telur
175 gm gula kastor
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau

cara-caranya :

Seperti biasa, tepung, baking powder, soda bikarbonat dan susu tepung disatukan dan diayak bersama. Didalam mangkuk yang berasingan, pukul butter dan gula hingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan telur satu persatu, setelah itu masukkan orange juice dan parutan limau ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sebati. Selepas itu masukkan adunan tepung tadi kedalam adunan butter, adun hingga sebati. Setelah siap adunan tadi boleh lah disudu kedalam paper cups, jangan penuh sangat lebih kurang 3/4 je. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 170 darjah celcius. Setelah sejuk bolehlah dihias dengan cream orange icing. Macam biasa buatlah frostingnya, 3 biji putih telur, gula icing, secubit garam, orange extract. Pukul putih telur sampai gebu, masukkan gula sikit-sikit, pukul lagi. Akhir sekali masukkan garam dan orange extract. Biarkan seketika frosting tu lebih kurang 5 minit, kemudian bolehlah dipipe..slmt mencube..:)

10 comments:

  1. dia rasa oren la ye??
    erm..mesti sedap nih>>>:)

    ReplyDelete
  2. sok gak g beli bahan utk buat cupcake :)

    ReplyDelete
  3. diana : a'ah, ada rasa oren, mmg sedap kek ni :)

    ReplyDelete
  4. Wanie : owh cik wanie dah nak mencube ea...sila2 la buat sb bile dah jadi nanti mesti cik wanie nak mencuba yang lain plak...sume kek sedap, cube sume ea...:)

    ReplyDelete
  5. aLamakk !! teringin ~ mama buatkan wani T.T

    ReplyDelete
  6. sedapnye.. mama watkn bella buleyh?

    ReplyDelete
  7. wahh.. bestnyee.. tgk gamba je dah tergode.. :)
    lau nk buat kek snglh blh rujuk kat blog mama je.. :)

    ReplyDelete
  8. cikpuanWani : InsyaAllah, boleh je :)

    ReplyDelete
  9. Bella : mmg sedap, boleh je, jom:)

    ReplyDelete
  10. Sakura_sue : Thanks, dpersilakan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...