jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 30, 2011

Cornflakes coklat


100 gm cornflakes
150 gm coklat masakan
1 sudu minyak jagung (sebagai pengilat coklat)
sedikit badam hancur/ gula manis untuk hiasan
paper cups

Cara-cara :

Masak coklat guna tenik double boil. Bila dah hampir cair, masukkan minyak jagung. Kacau sebati dan biarkan coklat benar-benar cair. Ramas cornflakes, jangan terlalu hancur. Campurkan ke dalam coklat yang dicairkan tadi. Gaul sebati dan isi dalam paper cups (kena cepat-cepat coz coklat cepat keras) Biarkan seketika sehingga coklat mengeras. Senang je buat ni...budak-budak paling suka n cepat habis..:)

Honey Cornflakes


Bahan-bahan :

500 gm kellogs cornflakes
250 gm buttercups ( 1 ketul)
1 cawan gula kastor (klu xsuke manis kurangkan kepada 1/2 cawan)
1 cawan madu
250 gm badam cincang (di sangai dulu)
gula manis sebagai hiasan (ceri merah/hijau pun boleh)

Cara-cara :

Cairkan butter dan gula kastor hingga sebati di dalam kuali. Masukkan madu, kacau sebati di dalam kuali. Masukkan cornflakes dan badam yang sudah disangai tadi ke dalam kuali. Kacau sebati (masa masak dalam kuali cornflakes memang berderai) jangan risau, teruskan je masak hingga sebati. Bila dah masak, masukkan dalam paper cups. Kemudian letaklah ape2 sebagai hiasan. Bakarkan seketika dalam oven selama 2-3 minit (bru cornflakes tu akan melekat dan rangup)..senang je...selamat mencuba...:)

Sweet Heart Forever


Bahan A :

60 gm mentega
10 gm crisco
30 gm gula perang
1/8 sudu kecil esen vanila

Bahan B :

80 gm tepung gandum
10 gm badam cincang
30 gm bijan
1/2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar milo
1/8 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan hiasan :

kacang tanah panjang
gula decor heart
coklat putih
coklat masak
mangkuk kertas hitam

Cara-cara :

Satukan bahan A, kacau sebati. Kemudian masukkan bahan B. Sebatikan dan jadikan doh. Ambil sedikit doh, buat bentuk bujur dan isikan inti kacang ditengahnya. Buatlah sehingga habis. Kemudian bakar pada suhu 160 drj celcius selama 20 minit. Sementara itu, double boiler coklat putih kemudian lorekkan dengan coklat. Akhir sekali, taburkan dengan hiasan gula berbentuk hati.

Monday, July 25, 2011

Popia nestum


1 bungkus kecil susu tepung (kisar halus dan di ayak)
1 bungkus kecil nestum (kisar halus dan di ayak )
gula halus yang sudah di ayak secukupnya

2 bungkus kulit popia (besar)
1 biji kuning telur (untuk pelekat)

Cara-cara :

Gaulkan bahan yang telah dikisar tadi hingga sebati dan simpan dalam bekas kedap udara.
Gulung kulit popia sekeping demi sekeping dan di bahagian hujungnya sapukan sedikit kuning telur. Kemudian gunting secara menyerong dan goreng dengan menggunakan api yang sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas. Toskan, biarkan ianya sejuk sedikit dan gaulkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

Biskut almond london


Bahan-bahan :

250 gm butter
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising
1 biji kuning telur
badam biji dipanggang secukupnya
badam cincang untuk hiasan
coklat masakan secukupnya
paper cup - warna hitam
sedikit minyak jagung

Cara-cara :

Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan. Ambil doh, isi badam dan bentukkan bujur atau bulat, mengikut citarasa sendiri. Bakar pada suhu 180 drj celcius selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu untuk mengilatkan coklat itu, guna kaedah double boiler. Apabila coklat dah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji2. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian baru masukkan kedalam bekas kedap udara.

Thursday, July 21, 2011

Cip rangup


Bahan A :

250 gm mentega
1 cawan gula kastor
2 sudu besar shortening
2 biji kuning telur
1/4 sudu kecil vanila
1/4 sudu kecil garam

Bahan B :

2 cawan cornflakes (kisar halus)
3 cawan cornflakes (kisar kasar)
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung biskut

Cara menyediakan :

Kacau bahan A sehingga sebati. Masukkan bahan B dan gaul lagi sehingga adunan sebati. Bulat-bulatkan, hias dengan chip coklat. Bakar selama 20 minit pada suhu 175 drj celcius.

Arabian Nite


Bahan-bahan :

500 gm minyak sapi
100 gm mentega
1 biji telur
100 gm gula aising
1 kg tepung biskut
secubit garam

Bahan inti :

2 cawan kurma madu
1 cawan hazelnut

Cara menyediakan :

Gaul semua bahan. Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan kuning, merah dan hijau atau mengikut kesukaan. Ambil secubit setiap adunan warna berlainan, cantumkan dan isi dengan inti kurma hazelnut. Bulat-bulatkan. Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 175 drj celcius. Selepas masak, biarkan sejuk. Gaulkan dengan gula kastor. Masukkan ke dalam cawan kertas. Cara menyediakan inti, kurma dan hazelnut dicincang halus, kemudian satukan kedua-duanya.


Biskut coklat fantasi


Bahan A :

150 gm mentega
10 gm shortening
40 gm gula aising
1 biji kuning telur

Bahan B :

150 gm tepung superfine
30 gm susu tepung
40 gm tepung jagung

Bahan C :

50 gm milo
50 gm coklat urai

Bahan D :

Badam/hazelnut (panggang)

Bahan E :

Coklat masakan (cairkan)
Coklat putih (cairkan)
Mangkuk kertas

Cara menyediakan :

Campurkan kesemua bahan A dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan bahan B, gaulkan sekali lagi. Selepas itu, masukkan pula bahan C. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan masukkan badam atau hazelnut. Buat sehingga habis dan bakar pada suhu 170 drj clcius sehingga masak. Setelah sejuk, celupkan biskut di dalam coklat masakan dan lorekkan dengan coklat putih. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk kertas.

Biskut coklat marmar


Bahan A :

150 gm mentega
1/2 sudu kecil esen vanila
80 gm gula kastor
1 biji kuning telur

Bahan B :

210 gm tepung biskut
40 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C :

250 gm coklat masakan (cairkan)
50 gm coklat masakan putih (cairkan)

Cara menyediakan :

Campurkan kesemua bahan A dan pukul sebati. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati. Ambil loyang berukuran 20cm x 20cm dan padatkan. Tekan dengan penekan khas. Selepas itu bakar pada suhu 170 drj celcius selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Keluarkan penekan khas tadi. Setelah sejuk, tuangkan coklat masakan dan lorekkan dengan coklat putih. Bentukkan seperti marmar dan letakkan semula penekan khas tadi mengikut jalurnya. Biarkan sejuk dan tanggalkan biskut dari penekan tadi.

Wednesday, July 20, 2011

biskut cip coklat badam oats


bahan-bahan :

250 gm mentega
1 biji kuning telur
3 sudu makan serbuk koko
100 gm coklat chip
2 sudu makan kelapa kering
100 gm badam
360 gm tepung biskut
50 gm oat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar susu manis
1 cawan gula perang
1/4 sudu kecil esen vanila
sedikit garam


cara-cara :


Campurkan mentega, kuning telur, serbuk koko, susu manis, gula, garam, serbuk penaik. Masukkan oat, badam, coklat chip, kelapa kering, esen vanila dan tepung biskut, gaul sebati. Bulat-bulatkan adunan dan hias dengan coklat chip. Bakar 25 minit pada suhu 175 drj celcius.

Sour cream chocolate chip cookies


Bahan-bahan :

1 cawan gula
1/2 cawan sour cream
1/4 cawan mentega tanpa garam
1/4 cawan shortening
1 sudu kecil vanila
1 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
2 cawan coklat chip

Cara-cara :

Panaskan ketuhar pada suhu 180 drj celcius. Pukul gula, sour cream, mentega, shortening, vanila dan telur di dalam mangkuk dan putar pada kelajuan sederhana. Ayak bersama tepung, baking soda dan garam. Masukkan ke dalam mangkuk tadi dan putar perlahan. Gaulkan coklat chip. Bulat-bulatkan atau guna scop aiskrim untuk memudahkan lagi. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

kek keju


Bahan lapisan keju :

500 gm keju
140 gm gula
2 biji telur

Cara-caranya :

Putar keju dan gula sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Ketepikan.

Bahan lapisan kek span :

125 gm tepung kek span
2 biji telur
50 ml air
50 ml mentega cair

Cara menyediakannya :

Putar tepung, telur, air dan mentega cair sehingga kembang. Bakar pada suhu 180 drj celcius selama 40 minit. Bila masak, potong bahagian tepi dan atas.

Bahan lapisan biskut :

1 cawan serbuk biskut marie
1/4 cawan marjerin cair

Cara menyediakannya :

Ratakan lapisan biskut ke dalam acuan. Biarkan sebentar di dalam peti sejuk. Lapiskan dengan lapisan kek span. Tuangkan lapisan keju. Bakar selama 40 minit dengan suhu 150 drj celcius.

* kek mestilah di bakar secara kukus. Acuan kek diletakkan di dalam loyang yang berisi air. Selepas bakar, jgn keluarkan kek terus dari oven. Buka pintu oven dan biarkan kek sejuk di dlm oven, ni utk mengelakkan permukaan kek merekah. Kek hendaklah disejukkan semalaman sebelum dimakan.

Tuesday, July 19, 2011

kek sonata musim salju


Bahan-bahan :

250 gm mentega
1/2 cawan gula halus
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar
5 biji telur
2 sudu besar sunquick oren
jem strawberi, blueberi, resberi
kelapa kering

Cara-cara :

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu, kemudian masukkan tepung sikit-sikit, masukkan sunquick. Bila dah sebati masukkan susu. Setelah siap di adun, masukkan dalam loyang. Bakar selama 1 jam, setelah masak, sapu jem diatas nya dan tabur kelapa kering..dah siap...selamat mencuba..

Biskut oat


Bahan-bahan :

200 gm oat (kisar halus)
100 gm gula halus
200 gm tepung gandum
200 gm minyak sapi (cairkan)
secubit garam
kuning telur (untuk sapu atas biskut)
oat untuk hiasan

cara-cara:

Gaul sebati semua bahan kering. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hanya perlu diuli menjadi doh, tak perlu abiskan kesemua minyak sapi tu, sekiranya doh dah lembut dan boleh dicanai. Terap dan sapukan kuning telur di atas biskut tadi. Ambil la oat n letakkan diatasnya sebagai hiasan. Kemudian bakar biskut dengan suhu 170 drj celcius selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Sunday, July 17, 2011

Biskut semperit kasih


Bahan-bahan :

250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis
sedikit garam


Cara-cara :

Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam kedalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan. Terapkan di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170 drj celcius selama 15 minit.

Biskut suji


Bahan-bahan :

100 gm mentega
100 gm minyak sapi (pukul dahulu)
175 gm gula aising
200 gm tepung gandum
200 gm tepung ubi
50 gm tepung suji

Cara-caranya :

Gaulkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Kemudian tambahkan dengan 50 gm marjerin dan perapkan selama 40 minit. Canai dan terap. Bakar selama 25 minit pada suhu 160 drj celcius.

Saturday, July 16, 2011

Biskut tembikai


Bahan-bahan :

150 gm gula kastor
250 gm mentega
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu pekat
550 - 580 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
paper cups

Cara-cara :

Pukul gula dan mentega hingga sebati. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh plain nipis2 je..pastu salutkan dengan bebola merah tadi. Canai doh hijau nipis2 gak, kemudian salutkan dengan doh tadi. Kira bolehlah bayangkan sendiri...macamane rupa tembikai..ada 3 lapisan kn...
Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).
Belah4 bebola tadi, pastu letak lah bijan hitam sikit dan aturlah dalam paper cups dan barulah diletak di dalam tin pembakar. Bakarlah pada suhu 160 drj celcius selama 20-25 minit atau hingga masak.

Tuesday, July 12, 2011

Biskut mama caries


Bahan-bahan :

250 gm mentega
350 gm tepung gandum
100 gm gula aising
150 gm tepung jagung
1 sudu kecil vanila

Bahan lapis atas :

250 gm gula aising
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit Nescafe

Cara menyediakan :

Campurkan gula, putih telur dan tepung jagung. Pukul hingga pekat. Bahagikan kepada dua bahagian dan satu bahagian dicampurkan dengan Nescafe.

Cara menyediakan :

Campurkan mentega dengan gula aising dan pukul hingga kembang, kemudian masukkan vanila. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Setelah sebati, jadikan doh kemudian terapkan dengan acuan. Kemudian sapukan bahagian atasnya dengan doh gula putih dan titiskan adunan berperisa Nescafe ditengahnya. Lorek dengan lidi agar ia nampak bercorak.

Saturday, July 9, 2011

Carrot apple cupcakes


2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
secubit garam
3/4 cawan gula perang halus
1 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
100 gm mentega, cairkan
200 gm carrot, diparut
150 gm apple hijau, diparut
30 gm walnut

Cara-cara :

Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Masukkan kedalam mesin pengadun. Masukkan kesemua bahan lain, putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat, kemudian kelajuan sederhana selama 2 minit. Setelah siap diadun, sudukan kedalam paper cups. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan kek kemudian hias dengan cream cheese frosting.

bahan untuk buat frosting :

250 gm cream cheese
4 sudu makan butter
1/3 cawan gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon

caranya :

campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. setelah siap, hiaslah diatas kek.

Saturday, July 2, 2011

Red Velvet cup cakes



2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu segar
2 sudu besar pewarna merah (dalam botol)
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil baking soda

Cara-caranya :

Ayak tepung, garam, serbuk koko. Ketepikan. Pukul mentega dan gula hingga lembut n gebu.
Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanilla. Pukul semula hingga sebati. Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan serbuk koko yang telah di ayak. Masukkan pewarna merah. Dalam mangkuk kecil, campurkan bahan cuka dan baking soda (biarkan berbuih) dan tuangkan ke dalam adunan kek, kacau sebati menggunakan senduk. Sudukan dalam paper cups, bakar selama 20 minit dengan suhu 170 drj celcius. Sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.

Bahan utk buat topping :

250 gm cream cheese
30 gm mentega
1 sudu besar perahan lemon
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar

Pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. Campurkan perahan lemon, susu dan esen vanilla. Setelah siap, hias lah mengikut citarasa masing2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...