jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label spaghetti. Show all posts
Showing posts with label spaghetti. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Spaghetti goreng simple


Bahan-bahannya :

1 paket spaghetti direbus hingga masak dan toskan
2 biji bawang besar dikisar
4-5 biji bawang putih dikisar
1 1/2 inci halia dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
5 sudu besar lada blend (cili kering)
1 cawan daging cincang
1 cawan sos spaghetti prego
3 batang calery, dipotong dadu
2 sudu besar oregano
1/2 sudu besar thyme
1/2 sudu kecil rosemary
300 gm cendawan butang dipotong 4
2 biji tomato potong 8
2 sudu besar gula
1/3 cawan air
1/3 cawan olive oil
garam secukup rasa

Bahan sampingan - cheddar cheese secukupnya dipotong 8, oregano secukupnya n hirisan lada merah.

Cara-cara membuatnya :

Panaskan olive oil dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan daging cincang dan calery, biarkan 5 minit, masukkan air, garam, gula dan sos spaghetti prego, gaulkan dan biarkan kering sedikit. Masukkan cendawan butang, spaghetti, gaul rata. Masukkan oregano, thyme, rosemary, serbuk lada hitam dan tomato, gaul rata selama 5 minit. Tutup api, hidangkan bersama cheddar cheese, hirisan lada merah dan taburkan dengan sedikit oregano.

Saturday, January 21, 2012

Spaghetti bolognaise special



Bahan utama :
200 gm spaghetti - direbus

Bahan Lain :
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan A:
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang merah - cincang halus

Bahan B :
200 gm daging cincang

Bahan C :
2 keping burger - potong dadu
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
100 gm sayur campuran

Bahan D :
4 biji tomato - rebus, buang biji dan kulit- cincang halus
3 sudu makan pes tomato
2 sudu makan sos tomato
1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir

Bahan E :
250 ml air

Bahan F :
1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil

Bahan pelengkap :
2 sudu makan keju parmesan
1 sudu makan daun parsli - cincang halus

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumis bahan A hingga terbit aroma. Masukkan bahan B. Kacau hingga berubah warna. Masukkan bahan C, kacau rata masukkan bahan D, kacau rata, tuangkan bahan E, masak hingga pekat. Masukkan bahan F dan dikacau rata. Akhir sekali, masukkan spaghetti dan kacau hingga sebati. Hidangkan bersama bahan pelengkap.

Wednesday, June 8, 2011

Spaghetti tom yam


Bahan-bahannya :

250 gm spaghetti
minyak masak
1 biji bawang besar (cincang halus)
2 keping fish cake (hiris nipis)
150 gm udang
150 gm sotong
100 gm kucai cina
1 kuntum bunga kantan(dihiris nipis)
sedikit daun pudina (hiasan)
2 sudu besar pes tomato
3 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan
garam secukup rasa
air suam yang secukupnya (ikut cita rasa sendiri)

Cara menyediakannya :

Masak pasta mengikut arahan pada bungkusan.
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. Masukkan fish cake, goreng selama 1/2 minit kemudian masukkan udang dan sotong. Apabila udang dan sotong sudah berubah warna angkat dan ketepikan. Kemudian masukkan pes tomato, gula, sos ikan, garam, bunga kantan dan air suam (jika mahu kuah). Apabila kuah mula mendidih, perlahankan api, masukkan pasta yang telah direbus dan kacau bersama bahan yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan udang, sotong dan kucai. Kacau rata. Hidangkan bersama daun pudina sebagai hiasan.

Spaghetti laksa kedah


Bahan-bahannya :

300 gm spaghetti (san remo)
4 camca besar minyak masak
70 gm udang kering, ditumbuk kasar
5 cawan air
1 tin sup tomato
300 gm udang, dibuang kulit
1/2 cawan pati santan
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :

16 tangkai cili kering, direndam
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan hiasan :

2 biji telur direbus, dibelah
2 keping tauhu goreng, dihiris
100 gm taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 biji tomato, dihiris
sedikit daun bawang, dicincang
sedikit saderi cina, dicincang
sedikit bawang goreng
hirisan cili merah

Cara membuatnya :

Masak pasta mengikut arahan pada bungkusannya.
Panaskan 4 camca besar minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan udang kering dan terus kacau sehingga udang wangi dan garing. Masukkan air, sup tomato dan udang. Biar kuah di atas api perlahan selama 10 minit dan masukkan santan, garam dan gula. Apabila kuah mula mendidih, padam api. Untuk menghidang laksa, letak pasta di dalam mangkuk. Tuang kuah di atasnya dan tabur bahan hiasan.

Spaghetti kerang n udang goreng


250 gm spaghetti (san remo)
minyak masak
2 camca besar hirisan bawang putih
300 gm udang, dibuang kulit
4 biji telur, dipukul sedikit
120 gm kerang, dicelur dan dibuang kulit
100 gm taugeh
100 gm kucai cina, dipotong 3cm panjang

Bahan perisa (digaul sebati)

3 camca besar sos ikan
3 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :

Masak pasta mengikut arahan pada bungkusannya.
Panaskan 5 camca besar minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan udang dan goreng menggunakan api besar sehingga udang masak. Masukkan pasta bersama bahan perisa. Kacau sehingga sebati selama 2 minit. Tolak pasta ketepi kuali, tambah 2 camca besar minyak dan masukkan telur. Biar telur masak dan keras sedikit selepas itu kacau bersama pasta. Masukkan kerang, taugeh dan kucai cina. Kacau seminit lagi dan padamkan api.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...