jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 13, 2011

Nasi beriani kismis


Bahan-bahan :

8 cawan beras basmathi
8 gelas air
1 cawan susu cair
1 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan kecil puri tomato
1 biji tomato
1/2 cawan daun pudina (kisar)
3 tangkai cili hijau
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 cm halia
daun ketumbar (hiris)
200 gm kismis
sedikit pewarna kuning
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu besar gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun saderi
150 gm daun bawang

Cara menyediakan :

Bawang merah, bawang putih, daun pudina, lada hijau dikisar bersama satu cawan air. Bancuhkan rempah beriani ke dalam bahan yang di kisar tadi. Beras dicuci bersih dan direndam selama 10 minit. Kemudian toskan. Panaskan minyak sapi dan minyak masak ke dalam periuk. Masukkan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu, bawang goreng dan tomato puri. Tutupkan periuk, biarkan mendidih. Masukkan beras. Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa. Biarkan kering dan kecilkan api. Letakkan sedikit demi sedikit pewarna kuning di celah-celah nasi. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar, tomato, daun sup, bawang goreng dan kismis. Jangan dikacau nasi. Biarkan ia benar-benar masak barulah di kacau.

8 comments:

  1. daun pudina tu kalau tak bubuh tak pe ke??
    saya tak berapa suka daun pudina tu..

    ReplyDelete
  2. Aien Najwa : cube le..:)

    Diana : xletak daun pudina pun xpe, ikut citarasa masing2..slmt mencube :)

    ReplyDelete
  3. nmpk sedap jew menu nasi beriani kismis mama.. cikhoneybee tk jmpe chatbox/ shoutmix kt blog mama.. cikhoneybee follow blog mama =) nty nk try menu resepi mama tuu.. nyte mama <3

    ReplyDelete
  4. sedap ni..nanti nk wat leh abah refer kt sini

    ReplyDelete
  5. kalau tenong nasi beriani macam nak telan je......

    ReplyDelete
  6. Terliur je tgk nsi beriani..nak cubalah...tq for sharing

    znzabadistore.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...