jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Bubur cendawan



Bahan-bahannya :

225gm beras
1750ml air
1 potong ikan tenggeri (direbus)
6 biji lada hitam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca kecil minyak sayur
3 cm halia (dimayang)
150 gm cendawan butang
100 gm cendawan hitam
100 gm cendawan tiram
2 camca besar minyak bijan
2 sudu besar santan pekat
garam secukup rasa

200 gm brokoli (goreng bertepung)
200 gm cendawan tiram kelabu(goreng bertepung)

Cara-caranya :

Masak beras bersama air. Tumbuk isi ikan bersama lada hitam, bawang merah, bawang putih. Panaskan minyak, tumis halia dan masukkan semua cendawan yang telah dipotong nipis2. Apabila masak, masukkan minyak bijan dan ketepikan. Apabila beras cukup kembang dan air hampir kering, masukkan campuran isi ikan dan santan. Kacau selalu hingga menggelegak. Untuk penyedap rasa kita buat brokoli dan cendawan goreng bertepung, itu cita rasa saya la, kalau xnak pun xpe. Sewaktu bubur dihidang, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangan ni sesuai sekali untuk orang sakit..selamat mencube..:)


Saturday, October 8, 2011

Nasi goreng tomyam


Bahan-bahannya :

2 mangkuk nasi putih
10 ekor udang segar
2 ekor sotong, potong bulat
200 gm isi ayam, potong kecil2
4 biji bawang besar, dihiris
2 biji bawang putih, diketuk
5 biji cili api, ditumbuk
2 kuib pes tom yam
kubis - hiris
karot - hiris memanjang
tomato - potong dadu
calery - potong dadu
capsicum - potong dadu
1 batang serai - ketuk
5 helai daun limau purut - hiris nipis2
2 biji telur
garam secukup rasa

Cara-caranya :

Tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau.
Masukkan perencah tom yam n masukkan garam.
Masukkan cili api yang ditumbuk tadi dan dikacau rata.
Masukkan isi ayam, biarkan ayam masak sekejap.
Masukkan sotong, udang, karot, tomato, serai, celery, capsicum dan daun limau purut, gaul rata.
Pecahkan telur, bila telur agak masak sikit, masukkan nasi dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan kobis, gaul mesra dan tutup api, hiaskan dengan daun bawang, kacang peas dan hirisan lada merah.

Hidanglah bersama dengan ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.


Tuesday, September 13, 2011

Nasi beriani kismis


Bahan-bahan :

8 cawan beras basmathi
8 gelas air
1 cawan susu cair
1 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan kecil puri tomato
1 biji tomato
1/2 cawan daun pudina (kisar)
3 tangkai cili hijau
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 cm halia
daun ketumbar (hiris)
200 gm kismis
sedikit pewarna kuning
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu besar gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun saderi
150 gm daun bawang

Cara menyediakan :

Bawang merah, bawang putih, daun pudina, lada hijau dikisar bersama satu cawan air. Bancuhkan rempah beriani ke dalam bahan yang di kisar tadi. Beras dicuci bersih dan direndam selama 10 minit. Kemudian toskan. Panaskan minyak sapi dan minyak masak ke dalam periuk. Masukkan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu, bawang goreng dan tomato puri. Tutupkan periuk, biarkan mendidih. Masukkan beras. Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa. Biarkan kering dan kecilkan api. Letakkan sedikit demi sedikit pewarna kuning di celah-celah nasi. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar, tomato, daun sup, bawang goreng dan kismis. Jangan dikacau nasi. Biarkan ia benar-benar masak barulah di kacau.

Thursday, August 25, 2011

Nasi Salam Aidilfitri


Bahan-bahan :

5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu besar marjerin
2 sudu serbuk pati ayam
1 labu bawang besar
2 cm halia
6 ulas bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu besar air mawar
1 sudu besar garam
2 sudu besar jus oren
rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan

Bahan hiasan :

gajus panggang
bawang goreng
daun sup dan daun bawang

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk dan tumiskan rempah 4 sekawan, bahan hiris dan daun pandan sehingga naik bau. Masukkan beras dan goreng sebentar. Masukkan air, susu, garam, jus oren dan pati ayam. Kacau perlahan-lahan dan tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih. Apabila nasi hampir kering, renjiskan air mawar dan biarkan nasi sehingga masak. Hidang dan taburkan bahan hiasan.






Saturday, June 18, 2011

Nasi goreng ladna


3 mangkuk nasi putih
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap

Panaskan minyak dan masukkan kicap, bila kicap dah berbuih, masukkan nasi dan kacau goreng hingga rata. ketepikan.

udang
isi ayam
sotong
kailan
karot
putik jagung
tomato
brokoli
bunga kobis
cili merah dipotong serong
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit serbuk/kiub pati ayam
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih, diketuk/cincang
garam secukup rasa
tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
air secukupnya.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam, goreng sekejap dan masukkan udang dan sotong. Jika suka masukkan air mengikut kehendak masing-masing....nak kuah banyak mana. Kalau nak lagi cepat, gunakan air panas yang mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk/kiub pati ayam, sayur-sayur yang mengikut pilihan masing-masing dan juga garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih barulah masukkan bancuhan tepung jagung. Kuah tu janganlah terlalu pekat, nanti muak pulak. Pastu hidangkan bersama nasi yang dah digoreng dengan kicap tadi.

Kalau nak lagi sedap kita buat sos cili madu...

5 biji cili padi, hiris nipis-nipis atau tumbuk
2 sudu besar madu
2 sudu besar air
1 sudu besar jus limau nipis

satukan semua bahan diatas dan bolehlah dimakan dengan nasi goreng ladna tadi atau boleh jugak dijadikan cicahan untuk udang atau sotong goreng tepung.


Saturday, June 11, 2011

Nasi daging


Bahan-bahan :

4 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 sudu rempah kari
1/2 cawan minyak jagung

Cara menyediakannya :

Masukkan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bawang dan halia hingga naik wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan serai. Tuangkan air rebusan daging dan susu segar. Jangan lupa masukkan garam. Biarkan ia mendidih dan kemudian masukkan beras. Tanak seperti biasa.

Wednesday, June 8, 2011

Nasi jagung


Bahan-bahannya :

4 cawan beras basmathi
2 labu bawang besar
3 cm halia
5 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak sapi
3 helai daun pandan
125 gm jagung
rempah 4 sekawan
garam secukup rasa
daun sup (dihiris halus)

Cara menyediakannya :

Beras dan jagung dicuci dan ditoskan. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak sapi dan tumiskan rempah 4 sekawan, bahan-bahan hiris hingga kekuningan. Masukkan beras, jagung, daun pandan, garam dan air secukupnya. Biarkan masak seperti biasa. Setelah nasi jagung kering masukkan daun sup sebagai hiasan.

Tuesday, June 7, 2011

Nasi minyak yogurt & daging kari berkerisik


Bahan-bahan :

7 cawan beras basmathi (cuci dan toskan)
10 gm rempah empat sekawan
20 gm bawang merah (kisar)
2 batang serai (ketuk)
2 helai daun pandan
10 gm daun pudina
75 gm yogurt
sedikit pewarna kuning
sedikit biji gajus goreng
kismis
1 cawan susu cair
7 cawan air
garam secukupnya

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan. Masukkan bawang merah yang telah dikisar, serai yang telah diketuk, daun pandan dan daun pudina. Setelah naik bau, tuangkan susu cair dan air. Biarkan ia mendidih barulah masukkan pewarna kuning, garam dan beras. Kacau rata dan tutup. Apabila nasi sudah masak, baru lah boleh dimasukkan gajus, kismis dan hidangkannya.








Daging kari berkerisik

Bahan-bahannya :

600 gm daging (hiris)
50 gm cili kering (kisar)
200 gm serbuk kari
100 gm bawang merah (kisar)
50 gm halia (kisar)
20 gm bawang putih (kisar)
10 gm rempah 4 sekawan
10 gm daun kari
60 gm kerisik
500 ml santan
20 gm air asam jawa
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara menyediakannya :

Panaskan minyak, masukkan rempah empat sekawan dan daun kari. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar bersama serbuk kari. Setelah terbit minyak, masukkan daging yang telah dihiris dan biarkan sehingga empuk. Tuangkan air untuk mengempukkan lagi daging. Setelah daging empuk barulah boleh masukkan kerisik, air asam jawa dan santan. Masukkan garam secukup rasa. Setelah siap boleh dihidangkan.

Nasi Ayam


Bahan-bahannya :

4 cawan beras
6 ulas bawang kecil (hiris)
2 cm halia (hiris)
2 tangkai daun sup
4 1/2 cawan air rebusan ayam
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bawang merah dihiris halus, halia dipotong dan jangan terlalu kecil. Cuci beras dan masukkan garam, bawang putih, halia, daun sup dan air. Boleh juga dimasukkan dua sudu besar marjerin. Tanak seperti biasa.

Bahan ayam goreng :

9 ketul ayam
2 cm halia (hiris)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm kunyit (kisar)
3 sudu besar kicap manis
4 batang serai (kisar)
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bahan-bahan dikisar dan diperap beberapa jam bersama ayam tadi. Kemudian barulah digoreng.

Bahan-bahan untuk sup :

Tulang ayam
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 labu bawang besar (potong)
2 cm halia (hiris)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air
rempah empat sekawan

Cara menyediakannya :

Tumiskan rempah empat sekawan, setelah wangi masukkan halia, bawang putih, bawang besar, tulang ayam dan air. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa.

Thursday, June 2, 2011

Nasi beriani bergajus















Bahan-bahannya :

4 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air
125 gm bawang goreng (ramas)
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/4 cawan minyak masak
sedikit kismis
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar air halia
2 labu bawang besar (cincang)
5 ulas bawang putih (hiris)
1 helai daun pandan
1 sudu besar air mawar
100 gm gajus (goreng)
1/2 cawan susu cair
garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya :

Beras dicuci dan ditoskan. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tuangkan air, susu cair, garam, gula dan air halia. Biarkan hingga mendidih. Masukkan bawang goreng, daun pandan, air mawar dan biarkan mendidih. Setelah nasi hampir kering, kecilkan api dan biarkan sampai masak. Taburkan kismis dan gajus.

Nasi Tepanyaki berdaging
















Bahan-bahannya :

175 gm beras basmathi
430 ml pati rebusan daging
1 camca besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dikisar halus
2 biji bawang merah, dikisar halus
50 gm taugeh
50 gm kubis, dihiris halus
50 gm sayur campur
1 camca besar sos tiram
3 camca besar lobak masin (jeruk), dihiris kasar
minyak masak secukupnya

Cara membuatnya :

1. Jerang beras basmathi bersama pati rebusan daging di dalam periuk di atas api sederhana sehingga nasi masak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih bersama bawang merah sehingga garing.

3. Masukkan tauge bersama kubis, sayur campur, sos tiram dan lobak masin, kacau sehingga sebati. Angkat.

Bahan-bahan diperap 5 jam :

300 gm daging
2 ulas bawang putih, dikisar halus
2 biji bawang merah, dikisar halus
3 cm halia, dikisar halus
1 camca teh sos ikan
1 camca teh gula pasir
1 camca teh minyak bijan
sedikit garam

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng daging di atas api sederhana sehingga masak. Jika suka daging boleh dibakar.

2. Potong daging dadu sederhana besar.

3. Bubuh nasi ditengah-tengah pinggan. Bubuh sayur dan daging dikiri kanannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...