jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Cream puff


Bahan-bahannya :
(untuk 28 biji cream puff)

125 gm self raising flour atau tepung gandum
2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung :

1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastard
5 sudu besar gula

Cara-cara untuk buat puff :

Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan lebih kurang 30 minit. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan inti jagung.

Cara-cara untuk membuat inti :

Kacau tepung kastard dengan air. Masukkan kedalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau hingga naik wap. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam puff. Selamat mencuba.:)

Monday, May 23, 2011

Aiskrim nanas berdadih

Bahan-bahannya :

4 biji kuning telur
110 gm gula kastor
75 ml susu segar
150 ml dadih
150 gm nanas kaleng (tanpa sirap), dicincang halus
4 keping nanas kaleng bulat, dipotong empat
sedikit ceri

Cara membuatnya :

Putar kuning telur bersama gula kastor sehingga kembang dan ringan.
Masukkan susu segar ke dlm periuk kecil dan panaskan di atas api perlahan tanpa mendidihkannya.
Kemudian panaskan susu tadi di dlm periuk bertingkat sebentar. Masukkan kuning telur, kacau dengan pemukul telur sehingga pekat. Angkat.
Tuang bancuhan aiskrim kedlm tin bakar dan biar sejuk sebentar.
Masukkan dadih bersama nanas, kacau rata. Bubuh bancuhan di dlm peti sejuk bahagian dingin beku sehingga beku, 2-3 jam.
Sebelum dihidangkan, hias atasnya dgn nanas bulat dan ceri.

Mousse kiwi blueberi


Bahan-bahannya :

6 biji kuning telur
175 gm gula pasir
3 camca besar tepung kastard
400 ml krim putar
200 ml susu segar
2 biji kiwi, dikupas kulitnya
5 camca besar inti pai blueberi

Cara membuatnya :

Kacau kuning telur bersama separuh gula pasir dan tepung kastard di dalam mangkuk besar
sehingga sebati.
Jerang krim putar bersama susu segar di dlm periuk di atas api perlahan, kacau sehingga
sebati.
Tuang krim bersusu di dlm bancuhan kuning telur, kacau sehingga sebati.
Masukkan bancuhan tadi di dlm periuk, jerang semula di atas api perlahan sambil dikacau selalu
sehingga pekat. Biar suam.
Kisar kiwi bersama baki gula pasir sehingga sebati.
Kacau adunan bersama separuh bancuhan krim tadi. Hidang manisan di dalam gelas koktel.
Kacau blueberi didlm baki bancuhan krim. Bubuh bancuhan krim blueberi berselang seli dgn
bancuhan krim berkiwi (utk bakinya)

aiskrim vanila bersos


bahan-bahannya:

4 biji kuning telur
110 gram gula kastor
2 titis esen mawar
150 gram krim putar
300ml susu segar

cara membuatnya:

putar kuning telur bersama gula kastor dan esen mawar sehingga kembang dan ringan.
masukkan krim putar bersama susu segar di dalam periuk kecil dan panaskan di atas api perlahan sehingga pekat tanpa mendidihkannya. angkat.
masak krim tadi, di dalam periuk bertingkat. masukkan kuning telur, kacau dengan pemukul telur sehingga pekat. tuang bancuhan aiskrim di dalam tin bakar dan biar sejuk.
simpan bancuhan di dalam peti sejuk bahagian dingin beku. sehingga beku, 2-3 jam.
ceduk aiskrim dan masukkan di dalam gelas koktel, tuang sos vanila di atasnya.

bahan-bahan untuk sos vanila :

1 biji kuning telur
40 gram gula kastor
1/3 cawan susu segar
beberapa titik esen vanila

cara membuatnya:

putar kuning telur bersama gula kastor sehingga ringan dan pekat.
jerang susu di dalam periuk kecil di atas api sederhana sehingga mendidih.
perlahankan api, masukkan adunan telur. kacau sehingga sos pekat.angkat.
masukkan esen vanila, kacau dalam seminit.
dah siap!!

*selamat mencuba

Sunday, May 22, 2011

cheese tart











Bahan-bahan ( 18 biji )

  • **Pastri**
  • 70g butter
  • 50g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 110g tepung gandum
  • 15g almond powder
  • beberapa titik esen vanila
  • **Filling**
  • 50g cream cheese
  • 100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur(saiz m)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil corn starch
  • 50ml fresh cream

cara-caranya :

  1. Cara buat pastri. Masukkan butter ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.
  2. Tambahkan gula. Pukul sehingga putih
  3. Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.
  4. Campurkan tepung dengan almond powder . Kemudian ayakkan.
  5. Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  6. Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan
  7. Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan cutter diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat filling.
  8. Cara buat filling Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  9. Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  10. Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan corn starch ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.
  11. Sapukan bekas muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.
  12. Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.
  13. Bila dah sejuk. Boleh bungkus cantik-cantik dan dijadikan sebagai buah tangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...