jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Lasagna


Bahan-bahannya :

300 gm daging cincang (lagi senang kalau kita guna daging burger sebab berperisa)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji karot (potong dadu)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2 biji bawang besar (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
garam dan gula secukup rasa
sekotak instant lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu rebus dahulu)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum (boleh tambah kalau nak likatkan kuahnye)
1 paket cheddar cheese (115gm) - apa2 jenama pun boleh, mozarella pun boleh tapi cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sause tu. mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol -boleh tambah kalau suka cheese sause cair
sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa (boleh tambahkan sayur2an lain seperti capsicum, brokoli dll kalau nak)
boleh juga masukkan chicken kiub untuk perasa tambahan.

Cara-caranya :

Panaskan oven 180 drj celcius. Diatas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu hingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian). Masukkan prego dan sedikit gula, jika perlu masukkan sayur2an tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api. Sediakan sause pan, panaskan cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan sedikit garam, kemudian padamkan api. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu di masak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sause tadi. Selang selikan dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sause selebihnya keatas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi). Bakar dalam oven 180 drj celcius selama 40 minit atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut). Kalau nak potong lasagna tu tunggula sejuk baru la dipotong, slmt mencube..:)

Thursday, November 17, 2011

Grilled steak






Bahan-bahan :
4 keping daging steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili/sos tomato
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (boleh tambah jika suka)
Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum daging di bakar. Semasa bakar jangan lupa renjiskan den

gan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.



Sos marinate :

1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)2 sudu besar sos tiram
sedikit garam, gula dan sedikit jus limau.


Untuk sos perang (brown sause)

Sos lada hitam

1 labu bawang besar (potong dadu)

1 sudu mentega
2 sudu besar tepung gandum (ayak dulu takut2 macam2 ada kt dalam tepung tu)
1 liter air (lebih kurang dalam 1 jag kecil)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos)
1 sudu makan sos tomato/sos cili

1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam/daging lembu
sedikit garam

Cara membuatnya :

Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu. Tepung gandum dilarutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi. Masukkan semua bahan lain termasuk sos2. Kacau atas api hingga pekat. Boleh diangkat dan dihidangkan.


Mashed potato :

6-8 biji kentang (kopek dan direbus)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang (potong2)
sedikit lada sulah dan garam



Satukan kentang rebus, butter, garam & lada sulah, kemudian lecek hingga hancur. masukkan susu cair, kacau hingga rata, kalau rasa2 terlalu pekat boleh lah di tambah sedikit lagi susu atau air masak. Last sekali masukkan daun bawang yang telah di potong2, gaul rata dan bolehlah dihidangkan. Hidanglah bersama dengan coleslaw, tomato , kentang goreng atau ikut citarasa masing2. Selamat mencube....

Tuesday, October 18, 2011

Lapis Roti Berdaging


Bahan-bahannya :

3 biji kentang
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telur
secubit garam
parutan cheese (banyak ikut suka)
sedikit marjerin untuk melenser

Cara-caranya :

Blend bawang merah dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang, kentang dan garam. Satukan susu, telur dan secubit garam, pukul hingga sebati. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi dan ramas2kn kesemua roti tadi. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah diramas. Kemudian letakkan separuh daripada daging dan kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti. Ulangi proses diatas dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebihnya bahan daging dan kentang dan lapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka). Bakar dengan api sederhana selama 30-45 minit atau sehingga masak. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.

Tuesday, June 14, 2011

Ketam keju pedas


Bahan-bahan :

3 ekor ketam harimau
10 biji cili padi
50 gm halia, dipotong
1 biji cili merah
1 sudu besar serbuk kari makanan laut
1 tangkai kecil daun kari
1 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar sos pasta
50 ml air

Cara-caranya:

Potong halia, cili merah dan cili padi. Bersihkan ketam dan potong kepada 2 atau 4 setiap ketam dan campur dengan 1 sudu besar tepung jagung. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ketam menjadi keemasan merah. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali panas. Goreng cili, halia, daun kari dan serbuk kari hingga wangi, kemudian campurkan sos pasta dan air.
Sebaik sos mendidih, gaulkan ketam dan biarnya masak perlahan-lahan selama 3 minit. Hidangkan panas-panas.....

Friday, June 10, 2011

Ayam salad thai


Bahan-bahan :

1/4 ayam panggang, buang kulitnya
2 sudu besar sos cili thai kimball
1 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar sos ikan
daun salad campuran
4 biji tomato ceri
1/2 biji timun zucchini
1/2 biji bawang merah, dihiris
sedikit daun bawang
sedikit daun ketumbar
1 sudu kacang gajus

Cara-caranya :

Campurkan ayam, sos dan jus ke dalam mangkuk. Biarkan perap selama 15 minit, kacau rata.
Campurkan daun salad, tomato, timun, daun bawang dan daun ketumbar di bekas hidangan. Masukkan ayam, sos yang diperap tadi dan gaulkan. Hidangkan segera dan dihias dengan kacang gajus.

Boleh la di makan dengan digulungkan dengan roti atau masuk sebagai inti roti pita.

Thursday, June 2, 2011

Pasta enak

















Bahan-bahannya :

50 gm mentega
50 gm tepung serba guna
450 ml susu segar
2 camca besar sos tomato
1 camca besar rempah kari
100 gm keju cheddar, diparut
225 gm makaroni kecil, dicelur
175 gm bunga kobis/brokoli, dipotong kecil dan dicelur
3 biji kuning telur
2 pokok daun bawang, dicincang halus
garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 biji putih telur

Cara membuatnya :

1. Cairkan mentega di dalam periuk, kacau seminit.

2. Masukkan tepung serba guna, kacau seminit lagi.

3. Masukkan susu segar dan kacau sehingga licin dan tidak bergentel.

4. Kemudian masukkan sos tomato bersama rempah kari, perlahankan api. Biar dua tiga minit.

5. Masukkan 1/4 keju cheddar. Angkat dan biar lima minit.

6. Gaul makaroni bersama brokoli, bancuhan keju, kuning telur, daun bawang, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk sehingga sebati.

7. Putar putih telur sehingga kental. Kaup dan balikkan putih telur di dalam makaroni. Ratakan adunan itu di dalam mangkuk kaserol 1.2 liter yang di lengser dengan sedikit mentega. Tabur baki keju cheddar.

8. Bakar pasta pada suhu 200 darjah celcius, 20-25 minit atau sehingga keperangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...