jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 2, 2011

Beriani ketam berempah















Bahan-bahannya :

2 camca besar minyak masak
2 camca besar rempah kari ikan
2 ekor ketam, dibersih dan dipotong empat
1 biji cili hijau, dibersih dan dibelah dua memanjang
300 gm beras basmathi, dibersih dan disejat
150 ml susu sejat
280 ml pati rebusan ayam
1 1/2 camca besar perahan limau nipis
50 gm kismis kuning
sedikit pewarna oren dan perisa mawar

Bahan-bahan A :

2 ulas bawang putih, dihiris halus
3 biji bawang merah, dihiris halus

Bahan-bahan B :

3 kuntum bunga cengkih
6 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
200 ml pati santan

Bahan-bahan C, dihiris halus :

1 biji bawang besar
4 cm halia
4 ulas bawang putih

Bahan-bahan D, dicincang halus :

2 tangkai daun sup
1 tangkai daun ketumbar

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan A sehingga garing.

2. Masukkan rempah kari ikan bersama bahan-bahan B, biar sehingga terbit minyak.

3. Masukkan ketam bersama cili hijau, biar sehingga masak. Ketepikan.

4. Panaskan minyak masak di dalam kuali lain, tumis bahan-bahan C sehingga garing.

5. Masukkan beras basmathi bersama susu sejat, pati rebusan ayam dan perahan limau nipis, biar sehingga nasi separuh masak.

6. Masukkan kismis kuning bersama pewarna oren, perisa mawar dan bahan-bahan D. Biar nasi masak.

7. Bubuh nasi di dalam pinggan, letak ketam dan kuah di atasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...