jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 17, 2011

Ayam percik special


Bahan-bahan :

1 ekor ayam
garam dan kunyit untuk digaul bersama ayam
minyak untuk menumis
1 mangkuk pati santan
3 batang serai, diketuk
3 keping asam gelugur
sedikit gula merah, garam dan gula putih

Bahan-bahan untuk dikisar :

100 gm cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan

Cara-cara :

Ayam dipotong lapan dan dicuci bersih. Gaul garam dan kunyit pada ayam, perap 20 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan santan, serai, asam gelugur, gula merah, garam dan gula putih. Kacau sehingga sebati. Masak sehingga kuah pekat. Lumur kuah pada ayam yang sudah dibakar. Bakar ayam sekali lagi sehingga tampak berminyak. Baki kuah boleh dituang pada ayam ketika dihidangkan.

8 comments:

  1. sedapnyee :D .. terus jadi lapa~ huu

    ReplyDelete
  2. nak perap ayam tu perlu simpan dalam petisejuk tak...

    ReplyDelete
  3. Green apple :

    kalau sekejap je dalam 20 minit xpayah simpan dalam peti sejuk pun xpe..tapi kalau nak perap lama sikit, kita perlu simpan dalam peti sejuk..lagi lama kita perap lagi sedap sebab bahan2 tu dah mesra...selamat mencube..:)

    ReplyDelete
  4. hi mama, great recipe for ayam percik. can i have the permission to use that ayam percik photo for my blog?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...