jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 22, 2011

kek nanas carrot dengan keju


Alhamdulillah, blog mama dah berusia 1 bulan.. happy birthday,, thanks to my follower yg sudi follow mama :D sempena blog dah usia sebulan, mama sediakan kek nenas carrot dengan keju. selamat mencuba :)

300 gm tepung superfine
1 camca teh baking soda (ayakkan kedua-dua tepung)
2 camca teh serbuk kayu manis
1 camca teh serbuk buah pala
250 gm carrot, diparut
250 gm nanas segar, diparut
4 biji telur
320 gm gula kastor
sedikit minyak


keju krim utk lapisan atas :

250 gm krim keju, dilembutkan
100 gm gula aising, diayak
30 gm mentega

Panaskan ketuhar ke 170 darjah celcius. Minyakkan satu loyang pembakar 21 cm. Masukkan tepung ke mangkuk adunan besar. Campur gula, buah pala dan serbuk kayu manis. Gaul sebati dan ketepikan. Masukkan 1/2 bahagian minyak, nanas parut, carrot dan 2 biji telur ke dlm blender. Putar selama 1/2 minit. Tuangkan ke dlm campuran tepung dan gaulkan sebati. Kisar bahan-bahan yg lain dan campur kepada adunan tadi. Tuang ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak. Biar di dalam tin selama 10 minit. Untuk membuat krim keju, masukkan keju, gula aising, serbuk vanilla dan pukul hingga gula cair. Sejukkan campuran keju di dalam peti sejuk selama 1/2 jam, kemudian sapu ke atas kek nanas carrot.

* pastikan kek sejuk 100%.

11 comments:

  1. ▂ ▃ ▅ ▆ 100%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    ReplyDelete
  2. cemana nak pandai buat kek ye..
    saya kalau buat kek2 ni
    mesti kek jadi keras..
    tak naik pun..
    bahan ikut betul dah sukatan nya..

    ReplyDelete
  3. mama!sdp ke carrot cake?i slalu ingt carrot cake mcm gross sbb msti ade rase carrot.i dun really like carrot.tp tgk mama nye cm sdp je.hehe.sdp x? :D

    ReplyDelete
  4. Wah npk menarik. Ble2 ade klpgn nnt tingin nk wat. :)

    ReplyDelete
  5. pipah milda : bile nk cube buat:)

    ReplyDelete
  6. Diana : ma rase diana cubala buat kek polos dulu sb bile kita dah pandai buat yang basic nanti boleh la mencuba yang lain-lain plak..slmt mencube:)

    ReplyDelete
  7. NajilaA : bgi mama mmg sedap la sebab mama suka carrot. Kek ni kek lembap, cube la :)

    ReplyDelete
  8. Siti Arfah : mmg sedap sb ianya jenis kek lembap, lagi pun ade campuran rempah2, slmt mencube :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...