jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

Orange butter cupcakes


200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar susu tepung
250 gm butter
5 biji telur
175 gm gula kastor
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau

cara-caranya :

Seperti biasa, tepung, baking powder, soda bikarbonat dan susu tepung disatukan dan diayak bersama. Didalam mangkuk yang berasingan, pukul butter dan gula hingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan telur satu persatu, setelah itu masukkan orange juice dan parutan limau ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sebati. Selepas itu masukkan adunan tepung tadi kedalam adunan butter, adun hingga sebati. Setelah siap adunan tadi boleh lah disudu kedalam paper cups, jangan penuh sangat lebih kurang 3/4 je. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 170 darjah celcius. Setelah sejuk bolehlah dihias dengan cream orange icing. Macam biasa buatlah frostingnya, 3 biji putih telur, gula icing, secubit garam, orange extract. Pukul putih telur sampai gebu, masukkan gula sikit-sikit, pukul lagi. Akhir sekali masukkan garam dan orange extract. Biarkan seketika frosting tu lebih kurang 5 minit, kemudian bolehlah dipipe..slmt mencube..:)

Tuesday, June 28, 2011

Chocolate cupcakes


300 gm tepung kek
350 gm gula kastor
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur

Cara-caranya :

Seperti biasa, tepung dicampur dengan soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko kemudian diayak.
Campurkan kesemua bahan kecuali telur kedalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan yang rendah hanya untuk bagi campuran itu sebati. Kemudian pukul dengan kelajuan yang tinggi lebih kurang 2 minit. Lepas tu masukkan telur dan pukul dengan kelajuan yang tinggi selama 2 minit lagi. Sudukan adunan dalam papercups, jangan penuh sangat lebih kurang 3/4 je. Bakar selama 20 minit atau hingga masak pada suhu 170 darjah celcius.

Bila dah masak bolehlah letak topping, kalau suka.

Untuk buat topping :

1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan serbuk koko
1/4 buku butter

Masukkan semua bahan dalam periuk. Panaskan atas api dan terus kacau. Sekejap je, bile dah bercampur semua dan beku sikit terus angkat dan sapulah atas cupcake tadi. Hiaslah mengikut citarasa masing-masing. Senang je, selamat mencuba..

Saturday, June 25, 2011

Vanilla cupcakes


Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan butter
2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya :

Campurkan kedua-dua tepung, ketepikan. Pukul butter hingga berkrim, masukkan gula, pukul lagi. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu dan esen vanilla. Setelah siap, masukkan dalam cawan kertas. Bakar selama 20 - 25 minit. Biarkan sejuk dulu barulah boleh dihias mengikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan untuk buat frosting :

3 biji putih telur
gula icing
secubit garam
1 sudu teh orange extract (untuk mengurangkan rasa manis pada frosting)
pewarna mengikut citarasa sendiri

Cara-caranya:

Pukul putih telur sampai gebu. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul lagi. Akhir sekali masukkan sedikit garam, orange extract dan pewarna.

Gula icing tu agak-agak je, selalunya 500 gm (sepaket)

Make sure frosting tu biarkan dulu untuk seketika dalam 5 minit, kemudian boleh lah dipipe.

Friday, June 24, 2011

Kek Polos


Bahan-bahan :

6 biji telur
1 1/2 cawan gula (asalnya 2 cawan tapi nanti manis sangat)
2 cawan planta (jangan guna butter nanti hilang rasa kampung)
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya :

Pukul planta dengan gula sampai kembang. Lepas tu masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi. Masukkan tepung dan kaup, balik2 kan sehingga sebati. Masukkan dalan acuan. Bakar selama 45 minit - 1 jam atau sehingga masak.

Kek polos dan sukatan lama

Polos....maknanya kosong. Kosong yg dimaksudkn ialah kek yg tak disalut atau dihias dgn aising, coklat cair ataupun dilapis dgn krim atau dicampur dgn bahan-bahan lain. Kek yg dibuat di atas tu ialah kek lama yg tak dicampur dgn bahan-bahan lain, tanpa perisa n tanpa dihias. Malahan sukatannya pun menggunakan cawan dan tidak menggunakan metrik.

Ok la...berbalik kpd kisah kek polos ni, klu nk beraya kek mcm ni senang dihidangkan. Nak makan pun senang, tak la comot tangan dan mulut terkena aising. Tapi tak bermakna kek yg dihias tu xelok, jgn slh anggap. Cuma mama nk menggamit nostalgia lama.

Dalam membuat kek, kadang kala jgn terlalu taksub dgn sukatan. Yg penting tepung selalunya satu cawan, planta 1 cawan, gula 1 cawan, dan telur dalam 4 biji cukup la..dah boleh dijadikan kek. Yang lain tu cuma bahan-bahan tambahan je. Kalau tepung dibanyakkan, kita boleh bubuh susu segar ataupun cecair yang sesuai. Yang penting bila semuanya sudah dipukul kadar kepekatan adunan tu tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Kadangkala kalau kek yg xnaik ni sedap gak rasanya sebab ia jadi lembab. Mcm rasa kek lapis la ibaratnya, keknya mana nak tinggi sebab ia dibakar berlapis-lapis dan disapu dgn jem atau kaya yg menjadikan kek itu lembap.

Oleh itu, yang pertama kali nak buat kek tu....jangan takut-takut. Buat sekali tak menjadi jangan putus asa. Paling tidak kena korbankan sedozen telur dan sekilogram planta, barulah menjadi. Ada yang buat sekali je dah menjadi..tu kira nasib memang baik. Seronok tau kalau belajar buat kek. Kalau dah jadi sekali, pasti lepas tu anda akan terus ingin mencuba. Lepas tu mula la kek tu dibega dgn pelbagai perisa. Nak bubuh itu dan ini sebagai bahan tambahan. Tak salah. Asal ia masak dan boleh dimakan xkisah la...Apa pun kalau ia dibakar dalam oven pasti akan masak, tinggal sedap atau tak la...oleh itu, baiklah mencuba, tapi bagi yang dah pandai buat kek tu xpayah lah lagi....Oleh itu jgn berlengah lagi, cuba la buat kek raya tahun ni....Okey...boleh, InsyaAllah..........


Wednesday, June 22, 2011

kek nanas carrot dengan keju


Alhamdulillah, blog mama dah berusia 1 bulan.. happy birthday,, thanks to my follower yg sudi follow mama :D sempena blog dah usia sebulan, mama sediakan kek nenas carrot dengan keju. selamat mencuba :)

300 gm tepung superfine
1 camca teh baking soda (ayakkan kedua-dua tepung)
2 camca teh serbuk kayu manis
1 camca teh serbuk buah pala
250 gm carrot, diparut
250 gm nanas segar, diparut
4 biji telur
320 gm gula kastor
sedikit minyak


keju krim utk lapisan atas :

250 gm krim keju, dilembutkan
100 gm gula aising, diayak
30 gm mentega

Panaskan ketuhar ke 170 darjah celcius. Minyakkan satu loyang pembakar 21 cm. Masukkan tepung ke mangkuk adunan besar. Campur gula, buah pala dan serbuk kayu manis. Gaul sebati dan ketepikan. Masukkan 1/2 bahagian minyak, nanas parut, carrot dan 2 biji telur ke dlm blender. Putar selama 1/2 minit. Tuangkan ke dlm campuran tepung dan gaulkan sebati. Kisar bahan-bahan yg lain dan campur kepada adunan tadi. Tuang ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak. Biar di dalam tin selama 10 minit. Untuk membuat krim keju, masukkan keju, gula aising, serbuk vanilla dan pukul hingga gula cair. Sejukkan campuran keju di dalam peti sejuk selama 1/2 jam, kemudian sapu ke atas kek nanas carrot.

* pastikan kek sejuk 100%.

Sunday, June 19, 2011

Tom yam seafood


Mee hun (di celur)
udang
isi ketam
sotong
fish ball
kubis
cendawan butang/tiram
lobak merah
bawang besar
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
serai
daun limau purut
sos ikan
kiub tom yam

Tumbuk bawang merah, putih, halia, lengkuas, masukkan dalam periuk. Masukkan air, rebus bahan yang ditumbuk tadi bersama serai yang dititik, daun limau purut dan kiub tom yam. Bila menggelegak dan naik bau, boleh lah masukkan seafood serta sayuran yang lain. Apabila seafood dan sayuran hampir masak, boleh lah di masukkan sos ikan lebih kurang 2 sudu besar serta garam secukup rasa. Boleh lah di hidang dengan masukkan daun sup. Selalunya makan dengan nasi putih, tapi kali ni mama gantikan dengan mee hun yang telah di celur terlebih dahulu.

Saturday, June 18, 2011

Kerabu sotong jantung pisang


Bahan-bahan :

1 biji jantung pisang
2 ekor sotong
1 biji bawang besar, dipotong dadu kasar
1/2 biji nanas, dihiris kecil
1 biji cili hijau, dihiris serong
1 biji cili merah, dihiris serong
100 ml pati santan
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 camca teh belacan, dihancurkan
1 camca teh perahan limau

Cara-cara :

Celur jantung pisang sehingga empuk. Ambil bahagian tengahnya sahaja (berwarna putih), ketepikan. Bersihkan sotong, potong bulat dan kukus sehingga masak. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul rata. Hidang bersama nasi.

Jika suka, bolehlah ditambah ulam-ulam lain. Sotong juga boleh digantikan dengan makanan laut yang lain.

Nasi goreng ladna


3 mangkuk nasi putih
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap

Panaskan minyak dan masukkan kicap, bila kicap dah berbuih, masukkan nasi dan kacau goreng hingga rata. ketepikan.

udang
isi ayam
sotong
kailan
karot
putik jagung
tomato
brokoli
bunga kobis
cili merah dipotong serong
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit serbuk/kiub pati ayam
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih, diketuk/cincang
garam secukup rasa
tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
air secukupnya.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam, goreng sekejap dan masukkan udang dan sotong. Jika suka masukkan air mengikut kehendak masing-masing....nak kuah banyak mana. Kalau nak lagi cepat, gunakan air panas yang mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk/kiub pati ayam, sayur-sayur yang mengikut pilihan masing-masing dan juga garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih barulah masukkan bancuhan tepung jagung. Kuah tu janganlah terlalu pekat, nanti muak pulak. Pastu hidangkan bersama nasi yang dah digoreng dengan kicap tadi.

Kalau nak lagi sedap kita buat sos cili madu...

5 biji cili padi, hiris nipis-nipis atau tumbuk
2 sudu besar madu
2 sudu besar air
1 sudu besar jus limau nipis

satukan semua bahan diatas dan bolehlah dimakan dengan nasi goreng ladna tadi atau boleh jugak dijadikan cicahan untuk udang atau sotong goreng tepung.


Friday, June 17, 2011

Ayam percik special


Bahan-bahan :

1 ekor ayam
garam dan kunyit untuk digaul bersama ayam
minyak untuk menumis
1 mangkuk pati santan
3 batang serai, diketuk
3 keping asam gelugur
sedikit gula merah, garam dan gula putih

Bahan-bahan untuk dikisar :

100 gm cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan

Cara-cara :

Ayam dipotong lapan dan dicuci bersih. Gaul garam dan kunyit pada ayam, perap 20 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan santan, serai, asam gelugur, gula merah, garam dan gula putih. Kacau sehingga sebati. Masak sehingga kuah pekat. Lumur kuah pada ayam yang sudah dibakar. Bakar ayam sekali lagi sehingga tampak berminyak. Baki kuah boleh dituang pada ayam ketika dihidangkan.

Ikan percik


Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap (500 gm)

Bahan A :

250 gm santan
150 gm bawang besar (kisar)
50 gm halia

Bahan B :

3 batang serai
1 sudu besar gula batu
3 keping asam gelugur
garam dan gula

Cara menyediakan :

Mula-mula kita sediakan kuah percik. Panaskan santan dalam periuk dengan api yang perlahan. Masukkan bahan A dan kacau selama lima hingga enam minit. Kemudian masukkan bahan B dan masak dengan api perlahan supaya santan tidak pecah. Kemudian tambah bahan perisa secukupnya. Lumurkan sedikit kuah percik pada ikan dan bakar. Kuah selebihnya tuang keatas ikan yang telah dibakar sewaktu menghidangkannya.

Thursday, June 16, 2011

Rendang ayam bayam rangup



Bahan-bahan :

1 ekor ayam (potong 12)
200 gm cili kisar
2 batang serai (titik)
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
200 ml santan
100 ml kerisik
50 ml minyak masak
garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar :

2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
10 biji cili padi





Cara menyediakan :

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar bersama serai dan daun limau purut. Masukkan ayam yang telah dibersihkan bersama kerisik dan masak sehingga ayam empuk. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Hiris daun kunyit dan taburkan keatas rendang.

Goreng bayam yang telah dicelup dengan tepung jagung. Gorengkan cili merah dan cili hijau sebentar dan ambil bahan-bahan yang digoreng tadi dan taburkan keatas hidangan.

Wednesday, June 15, 2011

Tat nanas


Bahan-bahan :

250 gm mentega
500 gm tepung gandum
2 sudu besar gula kastor
2 biji telur
4 sudu besar susu tepung
mangkuk acuan

Bahan sapuan :

2 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning
1/4 sudu kecil mentega
(campurkan semua untuk disapukan di atas tat)

Bahan jem:

Sebiji nanas dikupas dan diparut, tapis dan buang airnya. Kemudian campurkan dua helai daun pandan, tiga cawan gula dan masak hingga pekat.

Cara menyediakan :

Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan kuning telur, susu tepung, sedikit kuning telur, sedikit warna kuning dan masukkan tepung. Jadikan doh dan kemudian ambil sedikit doh, masukkan kedalam acuan, masukkan jem nanas. Hiaskan dan sapukan kuning telur di atasnya. Kemudian barulah dibakar.

Tauhu Udang


Bahan-bahan :

50 biji tauhu goreng
1 kg udang, sederhana besar
2 camca besar lada sulah
20 biji bawang merah, dikisar
garam secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis
setangkai daun sup, dihiris halus
setangkai daun bawang, dihiris halus
2 biji telur
minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya :

Potong tauhu pada sebelah bucunya, keluarkan isinya dan terbalikkan. Udang dibuang kulit dan dikisar sehingga lumat. Campur udang bersama lada sulah, bawang merah, garam, pati ikan bilis, daun sup, daun bawang dan telur sehingga sebati. Sumbat inti di dalam tauhu tadi tiga suku penuh. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.

Tauhu ini enak dimakan dengan sos cili atau sos buat sendiri..

Tuesday, June 14, 2011

Ketam keju pedas


Bahan-bahan :

3 ekor ketam harimau
10 biji cili padi
50 gm halia, dipotong
1 biji cili merah
1 sudu besar serbuk kari makanan laut
1 tangkai kecil daun kari
1 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar sos pasta
50 ml air

Cara-caranya:

Potong halia, cili merah dan cili padi. Bersihkan ketam dan potong kepada 2 atau 4 setiap ketam dan campur dengan 1 sudu besar tepung jagung. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ketam menjadi keemasan merah. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali panas. Goreng cili, halia, daun kari dan serbuk kari hingga wangi, kemudian campurkan sos pasta dan air.
Sebaik sos mendidih, gaulkan ketam dan biarnya masak perlahan-lahan selama 3 minit. Hidangkan panas-panas.....

Udang masak mentega


Bahan-bahan :

12 ekor udang galah (goreng)
250 gm mentega
300 ml susu cair
150 gm gula
200 gm madu lebah

Bahan-bahan kisar :

3 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara menyediakannya :

Panaskan mentega dan masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau. Masukkan gula, susu cair, dan masak sehingga pekat. Masukkan pula udang yang telah digoreng, madu dan garam secukup rasa dan gaul rata.

Tilapia masam manis


Bahan-bahan :

1 kg ikan tilapia
30 gm cili kering (kisar)
20 gm bawang merah (kisar)
10 gm bawang putih (kisar)
10 gm halia (kisar)
20 gm sos cili
20 gm sos tomato
10 gm bawang besar (hiris)
minyak
garam secukup rasa
10 gm serbuk kunyit

Cara-caranya :

Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka. Gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit lalu digoreng. Tumiskan bawang dan cili, setelah naik baunya masukkan sos cili, tomato dan garam. Biarkan kuah pekat lalu curahkan di atas ikan yang digoreng tadi.

kalau xsuka ikan tilapia, boleh je ditukar pada ikan yang lain.

Monday, June 13, 2011

Laksa pahang


Bahan-bahan :

500 gm ikan tenggiri
50 gm ikan tenggiri jeruk
250 gm bawang merah
80 gm bawang putih
40 gm halia
100 gm cili kering
4 batang serai
4 sudu besar biji ketumbar (sangai)
1/2 sudu besar jintan putih (sangai)
1/2 sudu besar jintan manis (sangai)
100 gm kelapa parut (buat kerisik)
3-4 cawan santan pekat
1 cawan air rebusan ikan
laksa beras

Cara menyediakan :

Kisar kerisik, bahan-bahan sangai, bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, serai bersama 1 1/2 cawan santan. Ikan yang direbus dibuang kulit dan tulangnya. Kisarkan isi ikan bersama setengah cawan santan. Satukan ikan kisar dan bahan kisar dalam periuk. Tuangkan lebihan santan. Masukkan ikan tenggiri jeruk. Didihkan di atas api kecil sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak. Laksa dihidangkan bersama ulam-ulam, kuah dan sambal.

Mi kari


Bahan-bahan :

1 bungkus mi kuning
300 gm sotong
300 gm udang
10 keping taufufa
300 m kerang
200 gm tauge
1 ikat sawi
2 ulas bawang merah
50 gm udang kering
1 biji kelapa (ambil santan)
1 bungkus rempah kari (kecil)
10 tangkai cili kering
1 kiub pati ayam
gula dan garam secukup rasa

Cara menyediakan :

Kisar bawang merah, udang kering dan cili kering hingga hancur. Kemudian tumis bahan-bahan tersebut hingga garing. Selepas itu masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak. Seterusnya masukkan sotong, udang dan kerang, diikuti santan, garam, gula serta pati ayam secukup rasa. Biarkan hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan taufufa. Tutup api dan ketepikan. Dalam bekas yang berlainan, celur mi, sawi dan tauge. Sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup dan cili hijau.

Mee bandung muar


Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning
300 gm udang
300 gm sotong
300 gm kupang
2 keping tauhu
300 gm daging
1 bungkus udang kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
3 biji telur
1 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1 kiub pati ikan bilis
1 ikat sawi mengikut kesukaan
air rebusan daging secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan :

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering yang telah dikisar hingga garing. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Tumis hingga naik bau. Selepas itu masukkan air rebusan daging, daging, sotong, kupang dan sawi. Kemudian masukkan mi dan telur. Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, June 11, 2011

Singgang daging


Bahan-bahan :

1 kg daging (potong nipis)
2 cm lengkuas (hiris)
1 batang serai (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
10 ulas bawang merah (hiris)
1 sudu besar ketumbar (tumbuk)
10 tangkai cili kering (kisar)
2 sudu kecil halba
2 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
500 ml air

Cara menyediakan :

Campurkan bahan-bahan tadi dan reneh di atas api yang sederhana. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan daging empuk. Kemudian masukkan asam secukup rasa.

Daging hitam manis


Bahan-bahan :

1 kg daging
1/2 cawan kicap
1 sudu besar rempah kari daging
rempah 4 sekawan
3 sudu besar minyak masak


Bahan kisar :

10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara menyediakan :

Rebus daging terlebih dahulu. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak dan garing. Kemudian masukkan rempah kari dan daging. Tuangkan kicap dan air rebusan daging tadi. Biarkan mereneh dan kuah menjadi pekat.

Nasi daging


Bahan-bahan :

4 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 sudu rempah kari
1/2 cawan minyak jagung

Cara menyediakannya :

Masukkan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bawang dan halia hingga naik wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan serai. Tuangkan air rebusan daging dan susu segar. Jangan lupa masukkan garam. Biarkan ia mendidih dan kemudian masukkan beras. Tanak seperti biasa.

Friday, June 10, 2011

Ayam salad thai


Bahan-bahan :

1/4 ayam panggang, buang kulitnya
2 sudu besar sos cili thai kimball
1 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar sos ikan
daun salad campuran
4 biji tomato ceri
1/2 biji timun zucchini
1/2 biji bawang merah, dihiris
sedikit daun bawang
sedikit daun ketumbar
1 sudu kacang gajus

Cara-caranya :

Campurkan ayam, sos dan jus ke dalam mangkuk. Biarkan perap selama 15 minit, kacau rata.
Campurkan daun salad, tomato, timun, daun bawang dan daun ketumbar di bekas hidangan. Masukkan ayam, sos yang diperap tadi dan gaulkan. Hidangkan segera dan dihias dengan kacang gajus.

Boleh la di makan dengan digulungkan dengan roti atau masuk sebagai inti roti pita.

Inti roti pita


Bahan-bahan :
Roti pita
Mentega
mayonis
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 keping dada ayam dipotong dadu
4 biji cendawan butang dihiris kecil-kecil
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
karot dipotong dadu
timun dipotong dadu
salad dihiris nipis-nipis
serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih, goreng hingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam, kacau hingga isi ayam menjadi empuk. Masukkan pula cendawan butang yang telah dihiris kedalam kuali, gaul sebentar dalam 2-3 minit. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, kacau sampai rata dan biarkan ia mendidih. Selepas itu, masukkan karot dan gaul sebentar. Perasakan garam, gula dan serbuk lada hitam. Tutup api dan masukkan timun yang dipotong dadu dan salad tadi. Gaul hingga rata. Bolehlah isi inti kedalam roti pita yang telah disapu dengan mentega dan mayonis. Sedia untuk di makan.

Selamat mencuba....

Roti pita


Bahan-bahan untuk buat roti pita (8 biji roti)

200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
150 gm air
5 gm gula
5 gm garam
15 gm olive oil/minyak masak
2.5 gm dry yeast

Cara-caranya :

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread mixer. On kan. Tunggu sampai siap.
Keluarkan dari bread mixer. Tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin.
Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambil satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper saiznya lebih kurang 13 cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh la di bakar dalam oven pada suhu 230 darjah celcius selama 4 minit.

Kalau uli dengan tangan, gunakan air suam. Adunan ni lembik sikit, jangan tambah tepung. Bila dan siap uli, penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu boleh la ikut cara seperti di atas dan seterusnya.

Thursday, June 9, 2011

Brownies coklat


Bahan-bahan :

340 gm coklat cair
210 gm mentega
370 gm gula
5 biji telur
210 gm tepung kek
200 gm kacang walnut
80 gm kismis

Cara menyediakan :

Pukul mentega dan gula perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan coklat cair. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan, kacau lagi sehingga rata. Masukkan tepung, walnut dan kismis dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.

Muffin blueberi


Bahan-bahannya :

170 gm mentega
160 gm gula kastor (boleh gunakan gula perang)
4 biji telur gred A
350 gm tepung gandum
20 gm baking powder
1 camca teh esen vanila
blueberi filling secukupnya
badam keping untuk hiasan (jika suka)
muffin cup secukupnya
160 ml susu segar (susu cair pun boleh)

Cara membuatnya :

Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan juga esen vanila sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung kedalam adunan mentega berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata. Sudukan adunan kedalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberi filling dan tambah adunan muffin di atasnya anggaran 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 20-25 minit.

Wednesday, June 8, 2011

Spaghetti tom yam


Bahan-bahannya :

250 gm spaghetti
minyak masak
1 biji bawang besar (cincang halus)
2 keping fish cake (hiris nipis)
150 gm udang
150 gm sotong
100 gm kucai cina
1 kuntum bunga kantan(dihiris nipis)
sedikit daun pudina (hiasan)
2 sudu besar pes tomato
3 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan
garam secukup rasa
air suam yang secukupnya (ikut cita rasa sendiri)

Cara menyediakannya :

Masak pasta mengikut arahan pada bungkusan.
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. Masukkan fish cake, goreng selama 1/2 minit kemudian masukkan udang dan sotong. Apabila udang dan sotong sudah berubah warna angkat dan ketepikan. Kemudian masukkan pes tomato, gula, sos ikan, garam, bunga kantan dan air suam (jika mahu kuah). Apabila kuah mula mendidih, perlahankan api, masukkan pasta yang telah direbus dan kacau bersama bahan yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan udang, sotong dan kucai. Kacau rata. Hidangkan bersama daun pudina sebagai hiasan.

Spaghetti laksa kedah


Bahan-bahannya :

300 gm spaghetti (san remo)
4 camca besar minyak masak
70 gm udang kering, ditumbuk kasar
5 cawan air
1 tin sup tomato
300 gm udang, dibuang kulit
1/2 cawan pati santan
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :

16 tangkai cili kering, direndam
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan hiasan :

2 biji telur direbus, dibelah
2 keping tauhu goreng, dihiris
100 gm taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 biji tomato, dihiris
sedikit daun bawang, dicincang
sedikit saderi cina, dicincang
sedikit bawang goreng
hirisan cili merah

Cara membuatnya :

Masak pasta mengikut arahan pada bungkusannya.
Panaskan 4 camca besar minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan udang kering dan terus kacau sehingga udang wangi dan garing. Masukkan air, sup tomato dan udang. Biar kuah di atas api perlahan selama 10 minit dan masukkan santan, garam dan gula. Apabila kuah mula mendidih, padam api. Untuk menghidang laksa, letak pasta di dalam mangkuk. Tuang kuah di atasnya dan tabur bahan hiasan.

Spaghetti kerang n udang goreng


250 gm spaghetti (san remo)
minyak masak
2 camca besar hirisan bawang putih
300 gm udang, dibuang kulit
4 biji telur, dipukul sedikit
120 gm kerang, dicelur dan dibuang kulit
100 gm taugeh
100 gm kucai cina, dipotong 3cm panjang

Bahan perisa (digaul sebati)

3 camca besar sos ikan
3 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :

Masak pasta mengikut arahan pada bungkusannya.
Panaskan 5 camca besar minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan udang dan goreng menggunakan api besar sehingga udang masak. Masukkan pasta bersama bahan perisa. Kacau sehingga sebati selama 2 minit. Tolak pasta ketepi kuali, tambah 2 camca besar minyak dan masukkan telur. Biar telur masak dan keras sedikit selepas itu kacau bersama pasta. Masukkan kerang, taugeh dan kucai cina. Kacau seminit lagi dan padamkan api.

Ayam masak merah


Bahan-bahan :

1 ekor ayam (goreng separuh masak)
1/2 cawan gajus goreng (kisar)
4 biji buah tomato (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar)
1/2 cawan sos tomato
1 tangkai daun ketumbar (hiris halus)
10 ulas bawang merah (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
4 cm halia (kisar)
5 batang serai (ketuk)

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih dan merah hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kering dan serai. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan gajus dan sos tomato. Masukkan ayam dan daun ketumbar. Tumis hingga sebati. Boleh juga dituangkan secawan air. Biarkan ia mereneh selama 20 minit sehingga ayam betul-betul masak.

Gulai acar timun


Bahan-bahan :

1/2 biji timun (buang empulur dan potong)
1 biji lobak merah (potong)
50 gm tauge
2 tangkai cili merah (hiris)
5 batang kacang panjang (hiris)
100 gm santan
sedikit gula dan garam
2 labu bawang besar (belah 6)
5 tangkai cili kering (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
minyak dan garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar dan tuangkan santan. Kemudian masukkan timun, lobak merah, kacang panjang, cili merah, bawang besar dan akhir sekali tauge. Tambahkan garam.

Nasi jagung


Bahan-bahannya :

4 cawan beras basmathi
2 labu bawang besar
3 cm halia
5 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak sapi
3 helai daun pandan
125 gm jagung
rempah 4 sekawan
garam secukup rasa
daun sup (dihiris halus)

Cara menyediakannya :

Beras dan jagung dicuci dan ditoskan. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak sapi dan tumiskan rempah 4 sekawan, bahan-bahan hiris hingga kekuningan. Masukkan beras, jagung, daun pandan, garam dan air secukupnya. Biarkan masak seperti biasa. Setelah nasi jagung kering masukkan daun sup sebagai hiasan.

Tuesday, June 7, 2011

Capati dan kari kambing



Bahan- bahan untuk capati :

250 gm tepung atta
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak sapi
170 ml air suam

Cara menyediakannya :

Campurkan tepung dengan garam, gaul dengan air hingga menjadi doh. Uli selama 10 minit. Jika masa menguli lebih lama capati akan menjadi lebih ringan. Bentukkan doh tersebut menjadi bebola besar dan letakkan kedalam beg plastik. Biarkan selama 2 hingga 3 jam. Jikalau boleh biarkan ia semalaman supaya capati akan menjadi lebih ringan dan lembut. Bahagikan dan bentukkan ia kepada bebola, golekkan ia kedalam sedikit tepung atta. Canai sehingga menjadi nipis. Sapukan minyak sapi pada kuali leper tersebut. Letakkan capati di atas kuali, masakkan selama 1 minit kemudian tekan2 kelilingnya dengan tuala. Gelembung akan timbul pada permukaan capati. Angkat capati apabila warna keperangan kelihatan pada capati.


Bahan-bahan untuk kari kambing :

500 gm daging kambing (gaul dengan tepung)
50 gm rempah kari daging
750 ml santan
15 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
4 cm halia (kisar)
1 biji tomato
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
sedikit minyak
rempah 4 sekawan
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Daging yang digaul dengan tepung dicuci bersih. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan.
Masukkan bahan kisar dan rempah kari. Setelah naik minyak, masukkan daging dan santan. Kecilkan api dan masak hingga pecah minyak. Masukkan garam dan asam gelugur.



Nasi minyak yogurt & daging kari berkerisik


Bahan-bahan :

7 cawan beras basmathi (cuci dan toskan)
10 gm rempah empat sekawan
20 gm bawang merah (kisar)
2 batang serai (ketuk)
2 helai daun pandan
10 gm daun pudina
75 gm yogurt
sedikit pewarna kuning
sedikit biji gajus goreng
kismis
1 cawan susu cair
7 cawan air
garam secukupnya

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan. Masukkan bawang merah yang telah dikisar, serai yang telah diketuk, daun pandan dan daun pudina. Setelah naik bau, tuangkan susu cair dan air. Biarkan ia mendidih barulah masukkan pewarna kuning, garam dan beras. Kacau rata dan tutup. Apabila nasi sudah masak, baru lah boleh dimasukkan gajus, kismis dan hidangkannya.








Daging kari berkerisik

Bahan-bahannya :

600 gm daging (hiris)
50 gm cili kering (kisar)
200 gm serbuk kari
100 gm bawang merah (kisar)
50 gm halia (kisar)
20 gm bawang putih (kisar)
10 gm rempah 4 sekawan
10 gm daun kari
60 gm kerisik
500 ml santan
20 gm air asam jawa
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara menyediakannya :

Panaskan minyak, masukkan rempah empat sekawan dan daun kari. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar bersama serbuk kari. Setelah terbit minyak, masukkan daging yang telah dihiris dan biarkan sehingga empuk. Tuangkan air untuk mengempukkan lagi daging. Setelah daging empuk barulah boleh masukkan kerisik, air asam jawa dan santan. Masukkan garam secukup rasa. Setelah siap boleh dihidangkan.

Sotong sumbat mama


Bahan-bahan :

600 gm sotong
1 cm halia
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 1/2 cawan pulut
2 tangkai cili merah
1 biji kelapa
1 batang serai
4 ulas bawang merah
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bersihkan sotong. Tanak pulut sehingga masak. Ambil pulut yang telah masak, isikan kedalam perut sotong satu persatu. Ketepikan. Tumbukkan serai, bawang merah, halia dan jintan manis.
Belah cili merah. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan yang ditumbuk. Masukkan santan dan kacau. Masukkan sotong, cili merah dan garam. Kacau selalu. Apabila mendidih, angkat. Sedia untuk dihidang.

Kerutup udang


Bahan-bahan :

1 kg udang galah
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
3 batang serai (ketuk)
gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

Bahan kisar :

25 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara menyediakannya :

Udang digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng udang hingga masak dan ketepikan. Dengan minyak yang sama (kurangkan sikit) tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan serai yang diketuk dan kacau rata. Apabila naik bau, masukkan gula, garam dan rasa. Akhir sekali masukkan udang galah yang digoreng dan gaulkan. Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Ayam


Bahan-bahannya :

4 cawan beras
6 ulas bawang kecil (hiris)
2 cm halia (hiris)
2 tangkai daun sup
4 1/2 cawan air rebusan ayam
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bawang merah dihiris halus, halia dipotong dan jangan terlalu kecil. Cuci beras dan masukkan garam, bawang putih, halia, daun sup dan air. Boleh juga dimasukkan dua sudu besar marjerin. Tanak seperti biasa.

Bahan ayam goreng :

9 ketul ayam
2 cm halia (hiris)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm kunyit (kisar)
3 sudu besar kicap manis
4 batang serai (kisar)
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bahan-bahan dikisar dan diperap beberapa jam bersama ayam tadi. Kemudian barulah digoreng.

Bahan-bahan untuk sup :

Tulang ayam
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 labu bawang besar (potong)
2 cm halia (hiris)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air
rempah empat sekawan

Cara menyediakannya :

Tumiskan rempah empat sekawan, setelah wangi masukkan halia, bawang putih, bawang besar, tulang ayam dan air. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa.

Monday, June 6, 2011

kek coklat fudge


Bahan- bahannya :

250 gm mentega
2 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cair
1 cawan air masak
1 cawan susu cair
3 cawan tepung naik sendiri

Cara menyediakannya :

Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan susu cair, air masak, koko dan coklat cair. Akhir sekali masukkan tepung. Bakar selama 1 jam 30 minit pada 160 darjah celcius. Biar sejuk dan hias dengan coklat fudge.


Bahan coklat fudge :

1 tin susu cair
1 cawan air
1 cawan serbuk koko
4 biji kuning telur
4 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan gula kastor
250 gm mentega
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil vanila

Cara menyediakannya :

Masak kesemua bahan sehingga pekat. Biar sejuk sebelum dihias diatas kek.

Kek lapisan kaya pandan


Lapisan kek :

Bahan A:

6 biji putih telur
3 gm krim tartar
100 gm gula kastor

Bahan B:

6 biji kuning telur
40 gm susu segar
40 gm minyak jagung
25 gm gula
secubit garam
110 gm tepung super fine
4 gm serbuk penaik
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perisa pandan

Cara menyediakannya :

Kacau semua bahan A sehingga gebu. Dalam bekas yang lain, kacau bahan B hingga sebati. Campur kedua-dua bahan A dan B. Tuang ke dalam acuan kek dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Lapisan kaya pandan :

Bahan A :

676 gm santan pekat
676 ml air
18 gm serbuk agar-agar
1 sudu kecil pati santan (pewarna hijau)
200 gm gula

Bahan B:

75 gm serbuk how kwee (berwarna hijau)
185 gm air

Bahan hiasan :

kelapa kering

Cara menyediakannya :

Kacau sebati bahan A.Masak atas api sederhana selama lima minit. Bahan B dikacau rata dan sebati dan tuangkan ke dalam adunan A. Masak kedua-dua bahan sehingga pekat.

Kek kukus Arab


Bahan A :

480 gm mentega
150 gm susu pekat manis
50 gm kaya

Bahan B :

10 biji telur gred A
250 gm gula kasar

Bahan C :

250 gm tepung gandum
2 sudu besar horlicks
2 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar soda bikarbonat

Bahan D :

350 gm buah kurma (cincang kasar)
350 gm buah prun (cincang kasar)
8 sudu browning
100 ml UHT krim putar

Cara menyediakannya :

Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu. Dalam bekas yang berasingan pukul bahan B hingga kembang. Ayak bahan C kecuali horlicks dan masukkan kedalam bancuhan B dan pukul hingga kembang. Akhir sekali, satukan bahan A dan D. Masukkan ke dalam acuan 8 inci x 8 inci x 3 inci. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama empat jam dengan api yang perlahan.

Saturday, June 4, 2011

Puding coklat


Bahan-bahannya :

500 gm marjerin
500 gm gula
1 sudu kecil garam
18 biji telur
412.5 gm tepung
112.5 gm serbuk koko
22.5 gm serbuk penaik

Cara menyediakannya :

Marjerin, gula dan garam dipukul sehingga kembang. Campurkan telur kedalam adunan tersebut. Kacau lagi. Masukkan tepung dan serbuk koko. Akhir sekali masukkan serbuk penaik. Gaul rata semua bahan.

Puding lapis kiwi



Bahan A :

10 gm serbuk agar-agar
60 gm gula kastor
250 ml santan pekat
300 ml air
1/8 sudu teh garam

Bahan B :

10 gm serbuk agar-agar
50 gm gula kastor
450 ml air
1 helai daun pandan
100 gm isian kiwi
bijan hitam secukupnya

Cara menyediakannya :

Masak bahan A dan bahan B berasingan. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis. Bekukan sebelum dipotong.

Puding Bandung


Bahan lapisan bandung :

10 gm agar-agar serbuk
2 tin susu cair
1 gelas gula
2 gelas air kelapa
pewarna merah

Bahan lapisan kuning :

20 gm tepung jagung
3 gm serbuk agar-agar
1 1 /2 gelas susu cair
1/4 gelas gula
pewarna kuning

Cara menyediakannya :

Mula-mula kita sediakan lapisan bandung. Satukan kesemua bahan dan biarkan ia mendidih. Setelah itu tuangkan ke dalam acuan bulat. Biarkan ia separuh keras dan kita jerangkan lapisan kuning pula. Setelah ia mendidih, tuangkan keatas lapisan bandung tadi.


Puding pelangi


Bahan-bahannya :

2 gelas air
1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
2 1/2 gelas susu segar
3 biji kuning telur
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung kastard (40 gm)
1 gelas gula

Cara menyediakannya :

Mula-mula kita jerangkan air, gula dan serbuk agar-agar. Sementara ia dijerang di atas dapur, pukul kuning telur dengan marjerin hingga sebati. Ketepikan. Tepung kastard dibancuh dengan susu segar. Setelah agar-agar yang dijerang telah mendidih, tuangkan adunan susu segar yang dibancuh dengan tepung kastard. Kemudian tuangkan adunan telur. Kacau sehingga sebati dan likat. Setelah likat matikan api. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko. Kacau sebati. Ambilkan loyang. Sendukkan satu bahagian ditengah loyang. Kemudian cedokkan pula bahagian yang telah dicampurkan bersama koko tadi di atasnya. Ulang sehingga kesemua bahagian itu habis. Kalau boleh jangan menggunakan loyang yang lebar. Biarkan ia sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.


Friday, June 3, 2011

Puding coklat dan walnut


Bahan-bahannya :

120 gm mentega
250 gm gula perang
125 gm coklat urai
10 gm hirisan kulit oren
4 biji telur
125 gm walnut panggang
125 gm almond
250 gm tepung
5 gm serbuk penaik

Cara menyediakannya :

Mentega dan gula perang dikacau hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan walnut cincang. Tambahkan coklat urai, hirisan kulit oren dan almond. Masukkan juga tepung dan serbuk penaik dan kacau semua bahan hingga sebati. Ambil sedikit marjerin dan sapukan pada bekas kek. Tuangkan adunan tadi dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius. Setelah masak, letakkan sos karamel di atasnya.

Soda bandung


Bahan-bahannya :

1 tin aiskrim soda
1/2 cawan sirap ros bergula
1 tin susu cair
1 jag air
sedikit biji selasih (rendam sehingga kembang)
sedikit air batu

Cara menyediakanya :

Masukkan air, sirap ros dan air batu ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati. Tuang ke dalam jag. Masukkan aiskrim soda, susu cair dan biji selasih. Simpan di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...