jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 24, 2011

Siakap tiga rasa


Bahan-bahannya :

1 ekor ikan siakap
sedikit garam dan serbuk kunyit
minyak utk menggoreng dan menumis
2 ulas bawang putih, dihiris halus
2 biji bawang besar, dicincang kasar
2.5 cm halia, dihiris halus
2 camca besar pes tom yam
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
1 cawan air
sedikit gula
sedikit air asam jawa
4 biji cili merah, dihiris halus
3 biji cili hijau, dihiris halus

Cara membuatnya :

Perap ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga garing, angkat dan ketepikan. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga wangi. Masukkan pes tom yam, sos tiram, sos cili, garam, air, gula dan air asam jawa. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan cili merah dan cili hijau. Kacau rata, angkat dan hidangkan bersama ikan goreng tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...