jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 23, 2011

Kerutup ayam


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam (potong 12)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
1 cm kunyit
10 tangkai cili merah
2 biji buah keras
3 sudu besar rempah beriani
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan susu cair
2 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil madu
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2 labu bawang besar (mayang)
3 ulas bawang putih (hiris)

Cara menyediakannya :

Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili merah dan buah keras
dikisar halus dan gaulkan dgn ketulan ayam yg telah dibersihkan dan
perap selama 20 minit. Panaskan minyak dlm periuk. Tumiskan bawang
merah dan putih serta kulit kayu manis sehingga kuning. Masukkan
rempah beriani, sos tomato, sos cili, cili kisar dan kacau sehingga rata.
Masukkan ayam yg telah diperap dan gaul sebati. Biarkan sehingga
mendidih. Masukkan air, susu cair, bawang goreng dan gaul lagi
sehingga sebati dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan kerisik,
garam dan madu. Kacau rata dan masak sehingga mesra. Taburkan
bawang goreng, badam panggang dan daun ketumbar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...