jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 22, 2011

Serunding ayam


Bahan-bahannya :

1 kg ayam
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar (goreng tanpa minyak
dan tumbuk sedikit)

Bahan kisar :

500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
2.5 cm lengkuas
5 batang serai
5 cm halia
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya :

Rebus ayam hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
Air rebusan daging ayam jangan dibuang, gunakan untuk
memerah santan.
Perah santan lebih kurang tiga cawan.
Masukkan santan bersama bahan kisar dan ayam siat,
jerangkan di atas api yang sederhana. Apabila kering
masukkan ketumbar yang ditumbuk kasar.
Kacau hingga kering.....

1 comment:

  1. Kepada sesaper yang rajin leh buat serunding sendiri dengan resepi yang mama kasi ni. Kepada yg tak berapa nak rajin tu leh beli di kedai. Saya pun ada jugak jual serunding nie online , semua ada ,serunding daging , serunding ayam atau serunding ikan. TAPI saya cuma tolong jual jer yg buatnya orang lain. Nak tanya mama, resepi serunding daging & serunding ikan sama ker dengan resepi serunding ayam ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...