jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Lempeng daun selom berinti cendawan


















Bahan-bahannya :

100 gm tepung serba guna
1/2 camca teh garam
1 biji telur
300 ml susu segar
50 gm daun selom, dicincang
minyak untuk mendadar
100 gm keju mozzarella, diparut
hirisan cili merah dan cili hijau

Cara membuatnya :

1- Bancuh semua bahan kecuali minyak dan keju sehingga sebati.

2- Panaskan minyak di dalam kuali (seelok-eloknya kuali leper). Dadarkan bancuhan sehingga mendapat lapan keping.

3- Gulung lempeng bersama inti (seperti membuat kuih ketayap). Atur lempeng berinti di dalam mangkuk dan tabur keju parut. Bakar lempeng sehingga keju cair.

4- Hias lempeng dengan hirisan cili merah dan cili hijau.

Bahan-bahan inti :

25 gm mentega
4 ulas bawang putih, ditumbuk
400 gm cendawan tiram, dihiris
50 gm tepung serba guna
1 camca teh serbuk cili
350 ml susu segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya :

1- Cairkan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan cendawan hiris. Kacau sehingga rata.

2- Tabur tepung pada bahan tumisan tadi. Kacau lagi.

3- Masukkan serbuk cili, susu segar, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sehingga inti pekat. Apabila inti cukup masak baru diangkat.

Makaroni bakar


Bahan-bahannya :

2 camca besar minyak masak
2 camca besar jintan manis, digiling halus
2 camca besar jintan putih, digiling halus
1 cm halia, digiling
2 camca besar rempah kari daging
1/2 cawan air
250 gm daging kisar
100 gm bawang goreng
375 gm makaroni, direbus dan disejat
2 1/2 cawan pati santan
5 biji telur
2 tangkai daun sup, dihiris halus
1 cawan sayur campur
2 camca besar tepung gandum, dibancuh bersama air
garam dan serbuk perasa jika suka.

Cara-cara membuatnya :

1- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan giling, rempah dan sedikit air. Kacau sehingga rempah garing.

2- Masukkan daging dan kacau rata. Apabila hampir kering, angkat.

3- Masukkan bawang goreng, makaroni, pati santan dan telur yang dipukul sedikit, daun sup, sayur campur, bancuhan tepung, garam dan serbuk perasa.

4- Sediakan acuan yang dilengser dengan minyak dan bakar makaroni 30 minit pada suhu 190 darjah celcius.

Laksa Johor

















Bahan-bahannya :

500 gm ikan tenggiri (rebus ambil isi) boleh ganti dengan ikan kembung atau ikan parang
1 paket spaghetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (santan 10 cawan)
10 keping asam keping
2 senduk serbuk kari ikan
5 batang serai (diketuk)
2 inci lengkuas (diketuk)
garam dan gula secukup rasa

Bahan A (direbus dan dimesin - asingkan)

150 gm udang kering
100 gm udang basah, dibuang kulit
sekeping isi ikan kurau masin, dibakar

Bahan B (digiling/mesin)

20 tangkai cili kering
20 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 cm kunyit hidup

Untuk hiasan :

Timun - buang kulit dan hiris halus
lobak merah dihiris halus
kacang panjang dipotong kecil
bawang besar dihiris bulat
limau nipis dipotong serong
lada merah/hijau dihiris
taugeh dibuang ekor
tauhu digoreng dipotong kecil-kecil
daun kesom dan daun selasih dihiris halus
1 batang bunga kantan dihiris
lobak masin dihiris halus
1 mangkuk sambal belacan

Cara-cara menyediakannya :

1- siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan
kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.

2- 1/2 cawan minyak dimasukkan kedalam periuk dan tumiskan serai dan lengkuas yang diketuk, cili mesin diikuti dengan B yang dikisar. Biarkan garing sedikit.

3- Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan bahan A. kemudian masukkan asam keping, kerisik, santan, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga semuanya sebati.

Resepi sambal belacan

lada merah 5/6 biji
belacan 30 gm dibakar
bawang merah kecil 1 biji

Caranya - mesinkan semua bahan dan hidangkan.

Selamat mencuba.............

Friday, May 27, 2011

Kek prun kukus


Bahan-bahannya :

10 biji prun (tanpa biji)
125 ml air
1 biji putih telur
1/4 cawan gula kastor
370 gm tepung serba guna
1 camca teh soda penaik
250 ml santan daripada 1/2 biji kelapa
125 ml minyak masak
2 biji kuning telur

Cara membuatnya :

Masak prun bersama air di dalam periuk di atas api sederhana sambil ditekan sehingga hancur. Biar prun sejuk. Putar putih telur bersama gula kastor sehingga kental. Putar tepung serba guna bersama soda penaik, santan, minyak masak dan kuning telur sehingga sebati. Kaup dan balikkan putih telur di dalam adunan sehingga sebati. Masukkan prun. Ratakan adunan di dalam acuan pilihan, kukus 30 minit sehingga masak.

Kek betik lembap

Bahan-bahannya :

250 gm gula halus
250 gm mentega
6 biji kuning telur
4 biji putih telur
350 gm tepung serba guna
1 1/2 camca teh soda penaik
250 gm puri betik
1/2 camca teh esen vanila
2/3 cawan dadih perisa strawberi

Cara membuatnya :

Putar gula halus bersama mentega sehingga kembang.
Masukkan kuning telur bersama putih telur sedikit demi sedikit sambil diputar sehingga habis.
Masukkan tepung serba guna yang telah diayak bersama soda penaik. Putar sehingga sebati.
Kaup dan balikkan puri betik bersama esen vanila dan dadih perisa strawberi di dalam adunan
sehingga sebati.
Ratakan adunan di dalam tin bakar segi empat ukuran 18 cm yang di alas dengan kertas minyak dan dilengser dengan sedikit mentega. Bakar adunan pada suhu 200 drj clcius sehingga masak.

kek keju mangga


Lapisan bawah :

150 gm mentega
1/4 cawan gula halus
1 biji telur, dipukul
1 1/2 cawan tepung, diayak
1/2 cawan kelapa parut, dibakar
sedikit air

Lapisan atas :

500 gm keju krim
1/2 cawan tairu berperisa mangga
1 cawan madu
4 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
1/2 cawan susu sejat penuh krim
1 camca teh esen vanila
1 1/2 cawan puri mangga masak

Cara membuatnya :

Untuk menyediakan lapisan bawah, gaul rata semua bahan dan tekan di dlm acuan springform
berukuran 25cm. Bakar 15 minit pd suhu 180 drj clcius. Angkat dan sejukkan.
Untuk menyediakan lapisan atas, campur keju, tairu, madu, kuning telur, susu dan vanila. Pukul sehingga sebati, masukkan puri mangga.
Menggunakan bekas lain, pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan di dalam adunan berkeju. Kacau rata. Tuang adunan di atas lapisan bawah. Alas acuan kek dengan kertas aluminium. Letakkan di dalam loyang berisi air panas dan bakar kek didalam ketuhar sejam pada suhu 180 drj clcius. Apabila kek masak, padamkan ketuhar. Biarkan kek sejuk di dlm ketuhar 2-3 jam, barulah dikeluarkan.

Jika suka, hias kek dengan hirisan mangga dan kelapa goreng di atasnya.
Sebaiknya, sejukkan kek semalaman sebelum dihidangkan.

Kek pisang lobak merah berwalnut


Bahan-bahannya :

2 biji telur
80 gm gula kastor
2 biji lobak merah, dibuang kulit, dibersih dan diparut halus
2 biji pisang masak, dilecek halus
166 gm tepung berserbuk penaik
60 gm walnut, dicincang halus
80 ml minyak masak
setitik esen vanilla
sedikit gula aising

Cara membuatnya :

Putar telur bersama gula kastor sehingga kembang dan ringan.
Masukkan lobak merah bersama pisang lecek, kacau sehingga sebati.
Kaup dan balikkan tepung berserbuk penaik dan walnut sehingga sebati.
Putar adunan sebentar. Masukkan minyak masak bersama esen vanilla, putar seminit.
Ratakan adunan di dlm tin bakar bulat ukuran 16cm yg telah dilengser dgn sedikit mentega.
Bakar kek pd suhu 180 darjah celcius, 45 minit atau sehingga masak.
Tabur gula aising di atasnya sebelum dihidangkan.

Tuesday, May 24, 2011

Siakap tiga rasa


Bahan-bahannya :

1 ekor ikan siakap
sedikit garam dan serbuk kunyit
minyak utk menggoreng dan menumis
2 ulas bawang putih, dihiris halus
2 biji bawang besar, dicincang kasar
2.5 cm halia, dihiris halus
2 camca besar pes tom yam
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
1 cawan air
sedikit gula
sedikit air asam jawa
4 biji cili merah, dihiris halus
3 biji cili hijau, dihiris halus

Cara membuatnya :

Perap ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga garing, angkat dan ketepikan. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga wangi. Masukkan pes tom yam, sos tiram, sos cili, garam, air, gula dan air asam jawa. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan cili merah dan cili hijau. Kacau rata, angkat dan hidangkan bersama ikan goreng tadi.

Ikan bakar sambal cecah


Bahan-bahannya :

1 ekor ikan terubuk
1 camca teh garam
1 camca teh serbuk lada hitam
sedikit daun pisang

Bahan-bahan sambal cecah :
2 biji cili merah, dihiris
2 biji cili hijau, dihiris
1 biji bawang besar, dipotong dadu halus
80 ml air asam jawa
3 camca besar belacan, dibakar dan dihancurkan
sedikit garam
sedikit air masak

Cara menyediakannya :

Perap ikan bersama garam dan serbuk lada hitam. Panggang ikan sehingga masak. Angkat dan hidang di dlm pinggan beralas daun
pisang. Untuk membuat sambal cecah, satukan semua bahan didlm mangkuk dan kacau rata.

Daging masak asam pedas


Bahan-bahannya :

300 gm daging, di hiris nipis
minyak utk menumis
1 camca besar serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
3 cm lengkuas
1 kiub pati daging
air secukupnya
sedikit garam

Bahan-bahan dikisar :

6 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 cm halia

Cara menyediakannya :

Rebus daging sehingga empuk. Panaskan minyak di dlm kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan asam gelugur, daun kunyit, daun limau purut, lengkuas, pati daging dan air. Biar mendidih. Masukkan daging bersama air rebusannya. Masukkan garam, kacau sehingga mendidih. Angkat.

Udang mangga berlemak

Bahan-bahannya :

1 kg udang
5 tangkai cili merah (kisar)
2 labu bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
3 batang serai (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar)
sehelai daun pandan
2 biji mangga masak (hiris)
2 biji kelapa (jadikan santan pekat)
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bersihkan udang dan toskan. Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan udang dan pati santan sehingga mendidih. Masukkan garam dan mangga. Kacau sentiasa perlahan-lahan sehingga mendidih.

Sambal tumis bersantan


Bahan-bahannya :

1/2 kg udang saiz besar
15 tangkai cili kering (kisar)
1 labu bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
50 ml santan
sedikit minyak
garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar (hiris bulat)

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak, tumiskan bahan yg dikisar hingga naik minyak.
Masukkan santan, udang, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga terbit minyak.

Serunding ikan bilis


Bahan-bahannya :

1/2 kg ikan bilis
375 ml pati santan
2 keping asam gelugur
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
minyak

Bahan kisar :

15 tangkai cili kering
3 cm halia
2 batang serai
15 ulas bawang merah
5 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara menyediakannya :

Ikan bilis direndam dan kisar kasar.
Tumiskan bahan kisar. Masukkan pati santan, asam gelugur, garam, gula dan ikan bilis.
Masak menggunakan api yg perlahan sehingga kering. Kecilkan api dan rendang hingga kering.

Monday, May 23, 2011

Aiskrim nanas berdadih

Bahan-bahannya :

4 biji kuning telur
110 gm gula kastor
75 ml susu segar
150 ml dadih
150 gm nanas kaleng (tanpa sirap), dicincang halus
4 keping nanas kaleng bulat, dipotong empat
sedikit ceri

Cara membuatnya :

Putar kuning telur bersama gula kastor sehingga kembang dan ringan.
Masukkan susu segar ke dlm periuk kecil dan panaskan di atas api perlahan tanpa mendidihkannya.
Kemudian panaskan susu tadi di dlm periuk bertingkat sebentar. Masukkan kuning telur, kacau dengan pemukul telur sehingga pekat. Angkat.
Tuang bancuhan aiskrim kedlm tin bakar dan biar sejuk sebentar.
Masukkan dadih bersama nanas, kacau rata. Bubuh bancuhan di dlm peti sejuk bahagian dingin beku sehingga beku, 2-3 jam.
Sebelum dihidangkan, hias atasnya dgn nanas bulat dan ceri.

Mousse kiwi blueberi


Bahan-bahannya :

6 biji kuning telur
175 gm gula pasir
3 camca besar tepung kastard
400 ml krim putar
200 ml susu segar
2 biji kiwi, dikupas kulitnya
5 camca besar inti pai blueberi

Cara membuatnya :

Kacau kuning telur bersama separuh gula pasir dan tepung kastard di dalam mangkuk besar
sehingga sebati.
Jerang krim putar bersama susu segar di dlm periuk di atas api perlahan, kacau sehingga
sebati.
Tuang krim bersusu di dlm bancuhan kuning telur, kacau sehingga sebati.
Masukkan bancuhan tadi di dlm periuk, jerang semula di atas api perlahan sambil dikacau selalu
sehingga pekat. Biar suam.
Kisar kiwi bersama baki gula pasir sehingga sebati.
Kacau adunan bersama separuh bancuhan krim tadi. Hidang manisan di dalam gelas koktel.
Kacau blueberi didlm baki bancuhan krim. Bubuh bancuhan krim blueberi berselang seli dgn
bancuhan krim berkiwi (utk bakinya)

aiskrim vanila bersos


bahan-bahannya:

4 biji kuning telur
110 gram gula kastor
2 titis esen mawar
150 gram krim putar
300ml susu segar

cara membuatnya:

putar kuning telur bersama gula kastor dan esen mawar sehingga kembang dan ringan.
masukkan krim putar bersama susu segar di dalam periuk kecil dan panaskan di atas api perlahan sehingga pekat tanpa mendidihkannya. angkat.
masak krim tadi, di dalam periuk bertingkat. masukkan kuning telur, kacau dengan pemukul telur sehingga pekat. tuang bancuhan aiskrim di dalam tin bakar dan biar sejuk.
simpan bancuhan di dalam peti sejuk bahagian dingin beku. sehingga beku, 2-3 jam.
ceduk aiskrim dan masukkan di dalam gelas koktel, tuang sos vanila di atasnya.

bahan-bahan untuk sos vanila :

1 biji kuning telur
40 gram gula kastor
1/3 cawan susu segar
beberapa titik esen vanila

cara membuatnya:

putar kuning telur bersama gula kastor sehingga ringan dan pekat.
jerang susu di dalam periuk kecil di atas api sederhana sehingga mendidih.
perlahankan api, masukkan adunan telur. kacau sehingga sos pekat.angkat.
masukkan esen vanila, kacau dalam seminit.
dah siap!!

*selamat mencuba

Ayam masak merah berempah


Bahan-bahannya :

500 gm ayam (dipotong kecil, digoreng garing)
5 camca besar minyak sapi
100 gm bawang besar (kisar)
8 ulas bawang putih (kisar)
5 cm halia (kisar)
2 camca teh serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk kunyit
3 camca besar serbuk cili
300 gm tomato (dicincang halus)
100 gm dadih
sedikit garam
3 tangkai daun ketumbar (dicincang halus)

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak sapi di dlm kuali. Tumis bawang besar
bersama bawang putih dan halia sehingga garing.
Masukkan serbuk ketumbar bersama serbuk kunyit dan serbuk cili,
biar sehingga terbit bau. Masukkan ayam, biar sehingga masak.
Masukkan tomato, dadih dan garam.
Sebelum diangkat masukkan daun ketumbar.
Hidang panas2 bersama roti atau nasi......

Kalau suka..gunakan ikan atau daging.
Untuk masak berkuah, boleh lah bubuh sedikit susu segar.

Kerutup ayam


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam (potong 12)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
1 cm kunyit
10 tangkai cili merah
2 biji buah keras
3 sudu besar rempah beriani
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan susu cair
2 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil madu
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2 labu bawang besar (mayang)
3 ulas bawang putih (hiris)

Cara menyediakannya :

Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili merah dan buah keras
dikisar halus dan gaulkan dgn ketulan ayam yg telah dibersihkan dan
perap selama 20 minit. Panaskan minyak dlm periuk. Tumiskan bawang
merah dan putih serta kulit kayu manis sehingga kuning. Masukkan
rempah beriani, sos tomato, sos cili, cili kisar dan kacau sehingga rata.
Masukkan ayam yg telah diperap dan gaul sebati. Biarkan sehingga
mendidih. Masukkan air, susu cair, bawang goreng dan gaul lagi
sehingga sebati dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan kerisik,
garam dan madu. Kacau rata dan masak sehingga mesra. Taburkan
bawang goreng, badam panggang dan daun ketumbar.

Puri daging


Bahan-bahannya :

1 kg daging tetel (rebus sehingga lembut)
2 batang lobak merah
2 biji tomato (belah empat)
1/2 cawan minyak sapi
1/2 cawan tomato puri
3 sudu kicap masin
2 sudu besar gula
2 labu bawang besar (mayang)
10 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
10 tangkai cili merah (kisar)
10 biji badam (kisar)
3 sudu besar kerisik
1 tin susu cair
3 cawan air
1/2 sudu besar garam
rempah 4 sekawan
2 tangkai daun sup (hiris)
2 tangkai daun bawang (hiris)
2 sudu rempah beriani
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau

Cara menyediakannya :

Panaskan periuk, masukkan minyak masak dan tumis
bahan kisar, rempah 4 sekawan secukupnya, rempah
beriani, kerisik, tomato puri, kicap, gula, air, garam
secukup rasa, susu cair, lobak merah, daun sup dan daun
bawang serta minyak sapi. Gaul rata dan masak di atas
api perlahan sehingga mendidih. Masukkan daging tetel
yang telah direbus dan masak lagi sehingga mesra.
Masukkan tomato dan cili yang telah dibelah, masak
lagi sehingga agak pekat.

Dendeng daging mak long


Bahan-bahannya :

1 kg daging batang pinang (potong nipis)
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu kecil serbuk rempah beriani
2 sudu besar cili kering kisar
(kesemua serbuk rempah ini dicampur menjadi satu)
5 tangkai cili merah (kisar)
2 labu bawang besar (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 batang serai (kisar)
3 cm halia (kisar)
3 cm lengkuas (kisar)
3 sudu besar kerisik
2 biji kelapa parut (jadikan 2 cawan santan pekat dan
3 cawan santan cair)
2 batang serai (titik)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
3 helai daun limau purut
2 sudu kecil kicap pekat
1 batang kulit kayu manis

Cara menyediakannya :

Gaulkan daging dan campuran rempah, bahan kisar,
kicap, garam dan gula dan perapkan selama sejam.
Masukkan santan pekat bersama serai dan kulit kayu manis
kedalam kuali dan masak sehingga terbit minyak dan kacau
selalu. Masukkan daging perap tadi dan kacau rata sehingga
daging kecut. Tuangkan santan dan kerisik.
Masak di atas api perlahan dan kacau selalu.
Tuangkan air asam jawa dan daun limau purut.
Kacau rata dan masak sehingga daging lembut dan hampir
kering.

Daging Berlada


Bahan-bahannya :

1 kg daging batang pinang (potong nipis dan perap dgn garam dan kunyit)
100 gm cili kering (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
gula merah
air asam jawa
garam
minyak

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak, goreng daging hingga garing.
Angkat dan toskan. Tumiskan bawang putih, bawang merah
dan cili kering. Setelah terbit minyak, masukkan gula dan
garam secukup rasa. Masukkan daging dan kacau rata.


Beriani daging


Bahan-bahannya :

1 kg daging (potong sebesar 6cm)
125 ml minyak masak
125 ml minyak sapi
400 gm rempah beriani
50 gm tomato puri
500 ml santan
gula dan garam

Bahan kisar :

60 gm bawang putih
80 gm bawang besar
80 gm halia
50 gm lengkuas

Bahan A :

1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan bahan A
sehingga garing. Kemudian masukkan rempah beriani
dan tomato puri. Biarkan garing. Selepas itu, masukkan
daging, santan, gula dan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih dan empuk.

Daging goreng berlada


Bahan-bahannya :

600 gm daging (hiris)
100 gm cili padi (kisar)
100 gm bawang besar (hiris)
30 gm bawang merah (kisar)
10 gm bawang putih (kisar)
10 gm halia (kisar)
10 gm serai (kisar)
10 gm serbuk kunyit
minyak
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Daging hiris dan digoreng, kemudian diangkat.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
Setelah naik bau masukkan serbuk kunyit dan
hirisan bawang besar. Masukkan daging yang
digoreng tadi, gaul rata dan masukkan garam.

Sunday, May 22, 2011

Rendang minang



Bahan-bahannya :

1 kg daging (potong besar)
1 kg santan
15 tangkai cili kering (kisar)
15 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
4 cm halia
sedikit buah pala (tumbuk)
garam secukup rasa
10 batang serai
2 cm lengkuas
1 helai daun pandan

Cara menyediakannya :

Campurkan bahan yg dikisar dgn santan.
Masukkan serai, lengkuas dan daun pandan.
Rendangkan dalam kuali. Setelah kuah pekat
masukkan daging dan buah pala, garam secukup rasa.
Kecilkan api dan masak hingga kering dan warna
rendang bertukar menjadi warna gelap.

Selamat mencuba................

Ayam gulai daun kesom

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam (potong 16)
125 ml minyak masak
500 ml santan
30 gm asam gelugur
1 batang bunga kantan
1 tangkai daun kesum
gula dan garam

Bahan kisar :

2 batang serai
60 gm bawang putih
80 gm bawang merah
100 gm cili kering
60 gm halia
50 gm lengkuas
40 gm kunyit hidup

Cara-cara menyediakannya :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
Kemudian masukkan santan, ayam, asam gelugur, bunga kantan
dan daun kesum. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup
rasa. Biarkan kuah mendidih seketika.

Ayam masak bali


Bahan-bahannya :

1 kg ayam
10 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 1/2 sudu besar jintan manis
minyak sapi
1/2 tin kecil susu cair
1 biji limau nipis
1/2 cawan sos tomato
1/2 biji kelapa ( 3 cawan santan )
300 gm cili kering
1 sudu besar serbuk kunyit

Cara menyediakannya:

Bawang merah, bawang putih, jintan manis, halia dan serai hendaklah dikisar/digiling
sehingga halus. Perah limau dan ambil jusnya. Campurkan dgn susu cair dan dikacau
sehingga sebati. Biarkan sementara. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan-bahannya
yang telah dikisar berserta cili giling dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih sehingga
terbit baunya. Masukkan ayam bersama santan. Pastikan ia dimasak dgn api yang
perlahan. Pastikan ayam benar-benar empuk. Setelah itu masukkan sos tomato dan
susu cair yang telah dicampurkan dgn air limau tadi. Kacau sehingga pekat dan barulah
diangkat. Hiaskan dgn kismis dan hirisan badam.

*khas buat zakimuhammad*

Beriani ayam


Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam (potong dua, perap dgn kunyit dan garam, kemudian goreng)
3 sudu cili kering kisar
1 biji tomato
1 labu bawang besar (kisar)
2 cm halia (kisar)
4 biji buah keras (kisar)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar rempah beriani
sedikit gula merah (secukup rasa)
1 sudu minyak sapi
sedikit minyak masak
daun pudina
cili merah dan hijau
kismis
1/2 batang lobak merah (potong)
1 biji tomato (belah dua)
Garam secukup rasa
1/2 biji limau sunkist (ambil airnya)
1 tin susu cair
sedikit rempah tumis

Cara-cara menyediakannya:

Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan rempah penumis.
Kemudian masukkan bahan yg dikisar. Setelah terbit minyak, masukkan
sos tomato, rempah beriani dan serbuk kunyit. Kacau rata. Setelah terbit
minyak, masukkan susu cair dan biarkan ia pekat. Masukkan gula, garam,
air limau sunkist. Setelah cukup rasa masukkan ayam dan daun pudina,
lobak, gajus, kismis, tomato, cili merah dan hijau. Kecilkan api, masak hingga
terbit minyak.

Serunding ayam


Bahan-bahannya :

1 kg ayam
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar (goreng tanpa minyak
dan tumbuk sedikit)

Bahan kisar :

500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
2.5 cm lengkuas
5 batang serai
5 cm halia
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya :

Rebus ayam hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
Air rebusan daging ayam jangan dibuang, gunakan untuk
memerah santan.
Perah santan lebih kurang tiga cawan.
Masukkan santan bersama bahan kisar dan ayam siat,
jerangkan di atas api yang sederhana. Apabila kering
masukkan ketumbar yang ditumbuk kasar.
Kacau hingga kering.....

Ayam masak tomato


Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam (perap dengan kunyit dan garam)
7 tangkai cili merah (kisar)
2 cm halia (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 batang serai (kisar)
2 ulas bawang besar (kisar)
3 biji tomato (kisar)
Minyak untuk menggoreng dan menumis
1/4 tin susu cair
Garam dan gula merah
Daun saderi
2 biji tomato (potong empat)

Cara-cara menyediakannya :

Ayam digoreng setengah masak. Panaskan sedikit minyak,
masukkan bahan yang dikisar. Tumis dan setelah naik bau,
masukkan susu cair, kemudian masukkan ayam dan kecilkan
api, masukkan tomato, daun saderi dan garam secukup rasa..

selamat mencuba...........

Rendang ayam


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam (potong ikut suka)
segenggam cili api
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
sedikit kunyit hidup(serbuk kunyit pun boleh)
sedikit belacan
(dikisar)
3 helai daun kunyit
2 biji kelapa parut (santan)
garam secukup rasa

Cara-caranya :

Panaskan kuali, tumis bahan yang dikisar tadi..lepas tu masukkan ayam
biar mendidih sekejap, kemudian masukkan santan, garam n daun kunyit
yang telah dihiris halus...biar kering sedikit...

selamat mencuba......

Dendeng daging


Bahan-bahannya :

500 gm daging
4 biji tomato
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit cili kering
sedikit halia, serai
(dikisar)
sedikit kulit kayu manis,
bunga lawang n buah pelaga
kicap secukup rasa

Cara-caranya :


Rebus daging terlebih dahulu, kemudian potong kecil-kecil, lepas tu tumbuk.
Gaul daging dengan kicap lepas tu goreng sekejap. Tumis bahan-bahan yang
diblend tadi sampai betul-betul masak.
Selepas tu masukkan daging, kicap, sedikit sos tomato.

Selamat mencuba.......


cheese tart











Bahan-bahan ( 18 biji )

  • **Pastri**
  • 70g butter
  • 50g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 110g tepung gandum
  • 15g almond powder
  • beberapa titik esen vanila
  • **Filling**
  • 50g cream cheese
  • 100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur(saiz m)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil corn starch
  • 50ml fresh cream

cara-caranya :

  1. Cara buat pastri. Masukkan butter ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.
  2. Tambahkan gula. Pukul sehingga putih
  3. Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.
  4. Campurkan tepung dengan almond powder . Kemudian ayakkan.
  5. Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  6. Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan
  7. Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan cutter diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat filling.
  8. Cara buat filling Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  9. Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  10. Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan corn starch ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.
  11. Sapukan bekas muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.
  12. Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.
  13. Bila dah sejuk. Boleh bungkus cantik-cantik dan dijadikan sebagai buah tangan.

apam polkadot


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
  • cara-caranya :

  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


Chocolate chip cookies














Bahan-bahannya :

250 gm mentega
250 gm tepung gandum
100 gm gula halus
100 gm tepung jagung
80 gm chocolate chips
2 sudu serbuk koko
chocolate rice, badam cincang
n paper cups

Cara-cara :

Pukul mentega n gula. Tepung gandum, jagung n serbuk koko hendaklah dicampur semua, kemudian diayak. Selepas itu masukkan kedalam mangkuk, lepas itu hendaklah diuli. Masukan chocolate chips.
Selepas abis diuli, ambil adunan tadi...masukkan dlm paper cups,
kemudian taburlah chocolate rice n badam cincang tadi. Kemudian bakar.

*Kalau nk ranggup kurangkan tepung gandum, lebihkan tepung jagung


cornflake crunchy


bahan-bahannya :

150 gm mentega
100 gm minyak sapi
200 gm gula halus
2 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
200 gm cornflake (kurangkan)
200 gm tepung gandum (kurangkan)
100 gm tepung jagung
100 gm tepung kastard
putih telur untuk disapu
100 biji ceri hijau/merah

cara-caranya :

1. Pukul mentega bersama minyak sapi dan gula hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan cornflake (gaulkan)

3. Masukkan semua jenis tepung, gaul hingga sebati

4. Bentuk bulat, leper dan sapukan putih telur.
Bubuh ceri diatasnya. Kemudian bakar

Saturday, May 21, 2011

kek coklat



bahan-bahannya :

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak atau butter yang dicairkan

cara-cara membuatnya :

Mula-mula campurkan bahan-bahan kering, gaulkan sampai bercampur semuanya
sementara itu pukul telur, masukkan susu pekat, minyak atau butter, kemudian
kacau lagi, masukkan 3 cawan air panas sedikit demi sedikit sambil dikacau
sampai sebati. Masukkan dalam acuan. Boleh dibakar atau dikukus selama lebih
kurang 45 minit.

puding roti











bahan-bahannya :

1/2 cawan gula pasir (dihanguskan)
5 biji telur (dipukul kembang)
5 keping roti (direndam)
1 tin susu pekat
sedikit esen vanilla

cara-cara membuatnya :

Blend roti atau lenyek, kemudian masukkan telur,
hanguskan gula dalam loyang, kemudian masukkan
bahan-bahan tadi dan kukus sampai masak.

selamat mencuba...

mufin pisang coklat
















bahan-bahannya :

BAHAN A (ayakkan)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda berkabonat
1 sudu kecik baking powder
secubit garam

BAHAN B
1 cawan pisang emas / berangan (dilenyek)
1 cawan minyak/ butter (cairkan)
1 1/2 cawan gula perang
2 biji telur (pukul sedikit dengan garfu )

Cara-caranya :
  1. ayakkan bahan A. masukkan dalam mangkuk.
  2. masukkan bahan B dan kacau rata
  3. masukkan dalam acuan kecil atau loyang
  4. bakar selamat 30 minit atau sehingga masak.

*pisang boleh digantikan dengan bahan basah lain seperti carrot, kentang, dan sebagainya.
*selamat mencuba..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...