jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 14, 2012

Bingka roti berlauk



Bahan untuk bingka :

10-12 keping roti
800 ml santan / susu UHT
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter (cairkan)
3 biji telur
garam secukup rasa

Cara-caranya :

Roti dikoyakkan dan direndam dengan santan atau susu hingga kembang. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yang telah direndam supaya sebati.Masukkan dalam loyang yang telah disapukan dengan minyak. Bakar dalam oven 180 drj celcius selama 30 minit. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit. Bila telah masak taburkan bahan hiasan. Potong dan hidangkan.

Bahan-bahan untuk buat lauk di atasnya :

400 gm daging kisar/ayam kisar
2 labu bawang besar di potong dadu
1 biji kentang di potong dadu
3 sudu besar rempah kari
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
minyak dan garam secukupnya

untuk bahan hiasan :

daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara-cara menyediakan lauk :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi. Masukkan daging kisar yang telah dicincang. Kacau rata. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan kentang, karot, garam, sos tomato, sos cili, kacau rata. Masakkan sehingga kentang dan karot lembut. Bila telah masak masukkan dalam pinggan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...