jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 14, 2012

Cream puff


Bahan-bahannya :
(untuk 28 biji cream puff)

125 gm self raising flour atau tepung gandum
2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung :

1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastard
5 sudu besar gula

Cara-cara untuk buat puff :

Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan lebih kurang 30 minit. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan inti jagung.

Cara-cara untuk membuat inti :

Kacau tepung kastard dengan air. Masukkan kedalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau hingga naik wap. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam puff. Selamat mencuba.:)

Bingka roti berlauk



Bahan untuk bingka :

10-12 keping roti
800 ml santan / susu UHT
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter (cairkan)
3 biji telur
garam secukup rasa

Cara-caranya :

Roti dikoyakkan dan direndam dengan santan atau susu hingga kembang. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yang telah direndam supaya sebati.Masukkan dalam loyang yang telah disapukan dengan minyak. Bakar dalam oven 180 drj celcius selama 30 minit. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit. Bila telah masak taburkan bahan hiasan. Potong dan hidangkan.

Bahan-bahan untuk buat lauk di atasnya :

400 gm daging kisar/ayam kisar
2 labu bawang besar di potong dadu
1 biji kentang di potong dadu
3 sudu besar rempah kari
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
minyak dan garam secukupnya

untuk bahan hiasan :

daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara-cara menyediakan lauk :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi. Masukkan daging kisar yang telah dicincang. Kacau rata. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan kentang, karot, garam, sos tomato, sos cili, kacau rata. Masakkan sehingga kentang dan karot lembut. Bila telah masak masukkan dalam pinggan.

Friday, December 16, 2011

Lasagna


Bahan-bahannya :

300 gm daging cincang (lagi senang kalau kita guna daging burger sebab berperisa)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji karot (potong dadu)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2 biji bawang besar (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
garam dan gula secukup rasa
sekotak instant lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu rebus dahulu)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum (boleh tambah kalau nak likatkan kuahnye)
1 paket cheddar cheese (115gm) - apa2 jenama pun boleh, mozarella pun boleh tapi cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sause tu. mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol -boleh tambah kalau suka cheese sause cair
sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa (boleh tambahkan sayur2an lain seperti capsicum, brokoli dll kalau nak)
boleh juga masukkan chicken kiub untuk perasa tambahan.

Cara-caranya :

Panaskan oven 180 drj celcius. Diatas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu hingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian). Masukkan prego dan sedikit gula, jika perlu masukkan sayur2an tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api. Sediakan sause pan, panaskan cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan sedikit garam, kemudian padamkan api. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu di masak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sause tadi. Selang selikan dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sause selebihnya keatas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi). Bakar dalam oven 180 drj celcius selama 40 minit atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut). Kalau nak potong lasagna tu tunggula sejuk baru la dipotong, slmt mencube..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...