jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 3, 2011

Kuetiau goreng berempah


Bahan-bahannya :

Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih, ditumbuk
1 camca sedang cili boh
1 camca sedang rempah kari daging
50 gm udang, dibersihkan
50 gm isi ayam, dihiris
10 biji bebola ikan, dibelah dua
4 camca sedang kicap manis
300 gm kuetiau
sedikit garam
4 batang sawi, dikerat-kerat
200 gm tauge

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan cili boh dan rempah kari daging. Kacau sehingga rempah garing.

3. Masukkan udang, isi ayam, bebola ikan dan kicap manis. Kacau rata.

4. Masukkan kuetiau, garam, sawi dan tauge. Kacau sebati.

Mihun lazat


Bahan-bahannya :

500 gm daging batang pinang
2 camca besar tepung serba guna
1 camca teh serbuk kari
1 camca teh serbuk cili
1/2 camca teh garam
1 camca besar mentega
3 camca besar minyak masak
4 biji bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3 cm halia, ditumbuk lumat
10 tangkai cili kering, dihiris 2 cm panjang
2 camca besar sos cili
2 camca besar kicap manis
2 camca besar tauhu hancur
75 ml air
100 gm tauge
300 gm mihun, direndam

Cara membuatnya :

1. Perap daging bersama tepung serba guna, serbuk kari, serbuk cili dan garam didalam mangkuk, 10 minit.

2. Cairkan mentega didalam kuali diatas api sederhana. Goreng daging pada kedua-dua belah sehingga garing. Angkat.

3. Bakar daging tadi pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit.

4. Panaskan minyak masak didalam kuali. Tumis bawang merah bersama bawang putih dan halia sehingga terbit bau.

5. Masukkan cili kering bersama sos cili, kicap manis, tauhu dan air, biar sehingga kuah pekat.

6. Masukkan tauge dan mihun. Kacau sehingga sebati dan tauge hampir layu. Angkat. Bubuh mihun di dalam pinggan hidang.

7. Hiris daging panggang tadi, susun di atas mihun.

Makaroni Ratatuli


Bahan-bahannya :

1 biji bawang merah
1/2 biji cili benggala merah
1/2 biji cili benggala kuning
1/2 biji cili benggala hijau
70 gm cendawan tiram
1 keping isi ikan sebelah, dihiris
4-5 camca minyak masak
3 camca besar hirisan daun ketumbar
150 gm makaroni, direbus lembut
3 camca besar mayonis
2 camca besar mentega kacang (kasar)
garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara membuatnya :

1. Bawang merah dibelah lapan.

2. Potong kasar ketiga-tiga cili benggala.

3. Gaul bawang, cili, cendawan dan ikan bersama minyak dan separuh daun ketumbar. Ratakan di atas tin bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 15 minit.

4. Sebelum dihidang, gaul makaroni bersama baki ketumbar, mayonis, mentega kacang, garam dan lada hitam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...