jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 7, 2011

Capati dan kari kambing



Bahan- bahan untuk capati :

250 gm tepung atta
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak sapi
170 ml air suam

Cara menyediakannya :

Campurkan tepung dengan garam, gaul dengan air hingga menjadi doh. Uli selama 10 minit. Jika masa menguli lebih lama capati akan menjadi lebih ringan. Bentukkan doh tersebut menjadi bebola besar dan letakkan kedalam beg plastik. Biarkan selama 2 hingga 3 jam. Jikalau boleh biarkan ia semalaman supaya capati akan menjadi lebih ringan dan lembut. Bahagikan dan bentukkan ia kepada bebola, golekkan ia kedalam sedikit tepung atta. Canai sehingga menjadi nipis. Sapukan minyak sapi pada kuali leper tersebut. Letakkan capati di atas kuali, masakkan selama 1 minit kemudian tekan2 kelilingnya dengan tuala. Gelembung akan timbul pada permukaan capati. Angkat capati apabila warna keperangan kelihatan pada capati.


Bahan-bahan untuk kari kambing :

500 gm daging kambing (gaul dengan tepung)
50 gm rempah kari daging
750 ml santan
15 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
4 cm halia (kisar)
1 biji tomato
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
sedikit minyak
rempah 4 sekawan
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Daging yang digaul dengan tepung dicuci bersih. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan.
Masukkan bahan kisar dan rempah kari. Setelah naik minyak, masukkan daging dan santan. Kecilkan api dan masak hingga pecah minyak. Masukkan garam dan asam gelugur.



Nasi minyak yogurt & daging kari berkerisik


Bahan-bahan :

7 cawan beras basmathi (cuci dan toskan)
10 gm rempah empat sekawan
20 gm bawang merah (kisar)
2 batang serai (ketuk)
2 helai daun pandan
10 gm daun pudina
75 gm yogurt
sedikit pewarna kuning
sedikit biji gajus goreng
kismis
1 cawan susu cair
7 cawan air
garam secukupnya

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan. Masukkan bawang merah yang telah dikisar, serai yang telah diketuk, daun pandan dan daun pudina. Setelah naik bau, tuangkan susu cair dan air. Biarkan ia mendidih barulah masukkan pewarna kuning, garam dan beras. Kacau rata dan tutup. Apabila nasi sudah masak, baru lah boleh dimasukkan gajus, kismis dan hidangkannya.








Daging kari berkerisik

Bahan-bahannya :

600 gm daging (hiris)
50 gm cili kering (kisar)
200 gm serbuk kari
100 gm bawang merah (kisar)
50 gm halia (kisar)
20 gm bawang putih (kisar)
10 gm rempah 4 sekawan
10 gm daun kari
60 gm kerisik
500 ml santan
20 gm air asam jawa
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara menyediakannya :

Panaskan minyak, masukkan rempah empat sekawan dan daun kari. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar bersama serbuk kari. Setelah terbit minyak, masukkan daging yang telah dihiris dan biarkan sehingga empuk. Tuangkan air untuk mengempukkan lagi daging. Setelah daging empuk barulah boleh masukkan kerisik, air asam jawa dan santan. Masukkan garam secukup rasa. Setelah siap boleh dihidangkan.

Sotong sumbat mama


Bahan-bahan :

600 gm sotong
1 cm halia
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 1/2 cawan pulut
2 tangkai cili merah
1 biji kelapa
1 batang serai
4 ulas bawang merah
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bersihkan sotong. Tanak pulut sehingga masak. Ambil pulut yang telah masak, isikan kedalam perut sotong satu persatu. Ketepikan. Tumbukkan serai, bawang merah, halia dan jintan manis.
Belah cili merah. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan yang ditumbuk. Masukkan santan dan kacau. Masukkan sotong, cili merah dan garam. Kacau selalu. Apabila mendidih, angkat. Sedia untuk dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...