jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 18, 2011

Lapis Roti Berdaging


Bahan-bahannya :

3 biji kentang
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telur
secubit garam
parutan cheese (banyak ikut suka)
sedikit marjerin untuk melenser

Cara-caranya :

Blend bawang merah dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang, kentang dan garam. Satukan susu, telur dan secubit garam, pukul hingga sebati. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi dan ramas2kn kesemua roti tadi. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah diramas. Kemudian letakkan separuh daripada daging dan kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti. Ulangi proses diatas dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebihnya bahan daging dan kentang dan lapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka). Bakar dengan api sederhana selama 30-45 minit atau sehingga masak. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.

Sunday, October 16, 2011

Kek Labu Kismis


Bahan-bahannya :

250 gm gula perang
4 sudu besar tepung serba guna
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil halia parut
2 biji telur
375 gm labu rebus (empuk)
250 ml krim putar
50 gm kismis

Bahan doh :

130 gm mentega
70gm gula ising
1-2 biji telur
200 gm tepung gandum

Cara menyediakannya :

Kita buat dohnya terlebih dahulu. Campurkan kesemua bahan-bahan kedalam mixing bowl dan pukul menggunakan paddle sehingga sebati. Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama dua jam sebelum di canai ke dalam kek ring mengikut acuan kek. Tapi perlu diingat, acuannya itu jangan terlalu tebal. Sementara ia disejukkan kita buatkan isian labunya. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali krim putar ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga labu dan gula hancur dan sebati. Pastikan tepung tidak berbintil. Keluarkan kemudian barulah dicampur dengan krim putar. Setelah itu, tuangkan adunan ke dalam acuan dan acuan yang dilapiskan dengan doh pastri. Bakar pada suhu 170c selama 45 min hingga 50 minit.

kek kopi madu


Bahan- bahannya :

150 gm marjerin
50 gm gula kastor
25 gm madu
3 biji kuning telur
1 sudu makan kopi segera
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji putih telur
50 gm gula pasir
50 gm cip coklat/walnut

Cara-caranya :

Pukul marjerin dan gula kastor sehingga lembut. Masukkan madu dan pukul rata. Masukkan kuning telur dan kopi segera. Pukul rata. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik sambil di ayak dan di kacau rata. Ketepikan. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kembang. Tuangkan kedalam campuran tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan. Masukkan cip coklat atau walnut dan kacau perlahan. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin. Bakar selama 40 minit pada suhu 170c atau sehingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...