jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 7, 2011

Sotong sumbat mama


Bahan-bahan :

600 gm sotong
1 cm halia
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 1/2 cawan pulut
2 tangkai cili merah
1 biji kelapa
1 batang serai
4 ulas bawang merah
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bersihkan sotong. Tanak pulut sehingga masak. Ambil pulut yang telah masak, isikan kedalam perut sotong satu persatu. Ketepikan. Tumbukkan serai, bawang merah, halia dan jintan manis.
Belah cili merah. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan yang ditumbuk. Masukkan santan dan kacau. Masukkan sotong, cili merah dan garam. Kacau selalu. Apabila mendidih, angkat. Sedia untuk dihidang.

Kerutup udang


Bahan-bahan :

1 kg udang galah
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
3 batang serai (ketuk)
gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

Bahan kisar :

25 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara menyediakannya :

Udang digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng udang hingga masak dan ketepikan. Dengan minyak yang sama (kurangkan sikit) tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan serai yang diketuk dan kacau rata. Apabila naik bau, masukkan gula, garam dan rasa. Akhir sekali masukkan udang galah yang digoreng dan gaulkan. Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Ayam


Bahan-bahannya :

4 cawan beras
6 ulas bawang kecil (hiris)
2 cm halia (hiris)
2 tangkai daun sup
4 1/2 cawan air rebusan ayam
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bawang merah dihiris halus, halia dipotong dan jangan terlalu kecil. Cuci beras dan masukkan garam, bawang putih, halia, daun sup dan air. Boleh juga dimasukkan dua sudu besar marjerin. Tanak seperti biasa.

Bahan ayam goreng :

9 ketul ayam
2 cm halia (hiris)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm kunyit (kisar)
3 sudu besar kicap manis
4 batang serai (kisar)
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Bahan-bahan dikisar dan diperap beberapa jam bersama ayam tadi. Kemudian barulah digoreng.

Bahan-bahan untuk sup :

Tulang ayam
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 labu bawang besar (potong)
2 cm halia (hiris)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air
rempah empat sekawan

Cara menyediakannya :

Tumiskan rempah empat sekawan, setelah wangi masukkan halia, bawang putih, bawang besar, tulang ayam dan air. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...