jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 4, 2011

Puding pelangi


Bahan-bahannya :

2 gelas air
1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
2 1/2 gelas susu segar
3 biji kuning telur
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung kastard (40 gm)
1 gelas gula

Cara menyediakannya :

Mula-mula kita jerangkan air, gula dan serbuk agar-agar. Sementara ia dijerang di atas dapur, pukul kuning telur dengan marjerin hingga sebati. Ketepikan. Tepung kastard dibancuh dengan susu segar. Setelah agar-agar yang dijerang telah mendidih, tuangkan adunan susu segar yang dibancuh dengan tepung kastard. Kemudian tuangkan adunan telur. Kacau sehingga sebati dan likat. Setelah likat matikan api. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko. Kacau sebati. Ambilkan loyang. Sendukkan satu bahagian ditengah loyang. Kemudian cedokkan pula bahagian yang telah dicampurkan bersama koko tadi di atasnya. Ulang sehingga kesemua bahagian itu habis. Kalau boleh jangan menggunakan loyang yang lebar. Biarkan ia sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.


Friday, June 3, 2011

Puding coklat dan walnut


Bahan-bahannya :

120 gm mentega
250 gm gula perang
125 gm coklat urai
10 gm hirisan kulit oren
4 biji telur
125 gm walnut panggang
125 gm almond
250 gm tepung
5 gm serbuk penaik

Cara menyediakannya :

Mentega dan gula perang dikacau hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan walnut cincang. Tambahkan coklat urai, hirisan kulit oren dan almond. Masukkan juga tepung dan serbuk penaik dan kacau semua bahan hingga sebati. Ambil sedikit marjerin dan sapukan pada bekas kek. Tuangkan adunan tadi dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius. Setelah masak, letakkan sos karamel di atasnya.

Soda bandung


Bahan-bahannya :

1 tin aiskrim soda
1/2 cawan sirap ros bergula
1 tin susu cair
1 jag air
sedikit biji selasih (rendam sehingga kembang)
sedikit air batu

Cara menyediakanya :

Masukkan air, sirap ros dan air batu ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati. Tuang ke dalam jag. Masukkan aiskrim soda, susu cair dan biji selasih. Simpan di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...