jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 1, 2011

Puding tembikai
















Bahan-bahannya:

1/2 liter susu segar
50 gm agar-agar
70 gm gula kastor
30 gm cincau (potong dadu)
1 liter air
sedikit pewarna hijau dan merah

Cara menyediakannya :

Panaskan periuk dan masukkan air. Selepas itu masukkan agar-agar dan biarkan ia larut. Untuk lapisan luar tembikai, ambil separuh susu segar dan panaskan. Ambil sedikit agar-agar yang telah dicairkan dan masukkan kedalam susu bersama sedikit pewarna hijau. Tuang ke dalam acuan dan ketepikan. Untuk lapisan tembikai pula, ambil susu segar yang selebihnya dan panaskan. Kemudian masukkan gula, cincau dan sedikit pewarna merah. Kemudian, tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk.

Puding mangga


Bahan-bahannya:

Bahan-bahannya:

325 gm puri mangga
125 ml air
100 gm kuning telur
150 gm gula
20 gm serbuk agar-agar
212 ml susu segar
400 ml krim UHT

Cara menyediakannya :

Masakkan puri mangga dengan air. Sementara itu putar kuning telur dan gula hingga kembang. Tuangkan ke dalam puri yang telah di masak. Masak serbuk agar-agar bersama susu segar dan tuangkan ke dalam adunan di atas. Jangan lupa tuangkan sekali krim UHT ke dalam puri tadi. Kacau sebati dan tuangkan dalam acuan dan sejukkan.

Puding nescafe


Bahan-bahannya:

Bahan Lapisan Pertama :

5 gm serbuk agar-agar
2 gelas susu segar
1/2 gelas susu cair
1/2 gelas gula

Bahan Lapisan Kedua :

5 gm agar-agar serbuk
1 1/2 gelas susu cair
1 gelas air
1 sudu besar nescafe
1/2 gelas gula

Bahan Lapisan Ketiga :

2 gelas susu segar
1/4 gelas gula
1 sudu besar tepung kastard

Cara menyediakannya :

Satukan semua bahan pertama dan masak hingga ia mendidih. Tuangkan ke dalam loyang. Biarkan ia sejuk dan keras. Jika ia hampir keras, boleh lah kita jerangkan bahan lapisan kedua. Biarkan ia mendidih. Sebelum kita tuangkan lapisan kedua ini ambilkan garfu dan kelarkan pada permukaan lapisan pertama agar lapisan kedua akan melekat. Setelah lapisan kedua mula mengeras, kita jerangkan lapisan ketiga. Kacau hingga likat. Tuangkan keatas lapisan kedua. Kemudian masukkan dalam peti sejuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...