jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 25, 2012

Chocolate chip muffin


Bahan-bahannya :

300 ml fresh milk
240 gm tepung kek
240 gm coklat cip
120 gm gula kastor
50ml minyak sayur atau minyak jagung
50 gm serbuk koko van hounten
2 biji telur
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :

Panaskan oven dahulu.
Campurkan tepung kek, serbuk koko, gula kastor, baking powder dan garam, gaul sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur dan esen vanila, masukkan minyak sayur dan fresh milk, kacau sebati. Masukkan bahan diatas kedalam campuran tepung, gaul rata, masukkan coklat cip. Adun perlahan, masukkan dalam muffin cup (3/4 sahaja). Taburkan coklat cip sebagai hiasan. Bakar dalam oven 200 drj celcius selama 20 min.

Spaghetti goreng simple


Bahan-bahannya :

1 paket spaghetti direbus hingga masak dan toskan
2 biji bawang besar dikisar
4-5 biji bawang putih dikisar
1 1/2 inci halia dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
5 sudu besar lada blend (cili kering)
1 cawan daging cincang
1 cawan sos spaghetti prego
3 batang calery, dipotong dadu
2 sudu besar oregano
1/2 sudu besar thyme
1/2 sudu kecil rosemary
300 gm cendawan butang dipotong 4
2 biji tomato potong 8
2 sudu besar gula
1/3 cawan air
1/3 cawan olive oil
garam secukup rasa

Bahan sampingan - cheddar cheese secukupnya dipotong 8, oregano secukupnya n hirisan lada merah.

Cara-cara membuatnya :

Panaskan olive oil dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan daging cincang dan calery, biarkan 5 minit, masukkan air, garam, gula dan sos spaghetti prego, gaulkan dan biarkan kering sedikit. Masukkan cendawan butang, spaghetti, gaul rata. Masukkan oregano, thyme, rosemary, serbuk lada hitam dan tomato, gaul rata selama 5 minit. Tutup api, hidangkan bersama cheddar cheese, hirisan lada merah dan taburkan dengan sedikit oregano.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...