jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 13, 2011

Rusa masak rendang hitam


Bahan-bahan :

1 kg daging rusa (potong lebar halus)
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 helai daun kunyit (hiris nipis)
1 sudu kecil serbuk kunyit
200 ml santan
150 ml minyak masak
150 gm kerisik
sedikit garam

Bahan Tumis :

2 kuntum bunga lawang
3 cm kulit kayu manis

Bahan Kisar :

3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
10 tangkai cili kering

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis, bahan kisar serta serbuk kunyit sehingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan daging rusa dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan santan. Biarkan sehingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut. Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sehingga sebati dan sehingga rendang betul-betul kering.

Ayam goreng muhibah


Bahan A :

1 ekor ayam (potong 12 dan goreng setengah masak)

Bahan kisar :

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
5 tangkai cili merah

Bahan B :

2 labu bawang besar (hiris bulat)
2 biji tomato (potong bulat)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air
1 cawan kismis
2 sudu besar bawang goreng

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan bahan B dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan potongan bawang, tomato dan kismis. Kacau rata dan masak sehingga pekat. Hidangkan dan tabur bawang goreng.


Thursday, August 25, 2011

Nasi Salam Aidilfitri


Bahan-bahan :

5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu besar marjerin
2 sudu serbuk pati ayam
1 labu bawang besar
2 cm halia
6 ulas bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu besar air mawar
1 sudu besar garam
2 sudu besar jus oren
rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan

Bahan hiasan :

gajus panggang
bawang goreng
daun sup dan daun bawang

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk dan tumiskan rempah 4 sekawan, bahan hiris dan daun pandan sehingga naik bau. Masukkan beras dan goreng sebentar. Masukkan air, susu, garam, jus oren dan pati ayam. Kacau perlahan-lahan dan tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih. Apabila nasi hampir kering, renjiskan air mawar dan biarkan nasi sehingga masak. Hidang dan taburkan bahan hiasan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...