jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 21, 2012

Spaghetti bolognaise special



Bahan utama :
200 gm spaghetti - direbus

Bahan Lain :
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan A:
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang merah - cincang halus

Bahan B :
200 gm daging cincang

Bahan C :
2 keping burger - potong dadu
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
100 gm sayur campuran

Bahan D :
4 biji tomato - rebus, buang biji dan kulit- cincang halus
3 sudu makan pes tomato
2 sudu makan sos tomato
1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir

Bahan E :
250 ml air

Bahan F :
1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil

Bahan pelengkap :
2 sudu makan keju parmesan
1 sudu makan daun parsli - cincang halus

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumis bahan A hingga terbit aroma. Masukkan bahan B. Kacau hingga berubah warna. Masukkan bahan C, kacau rata masukkan bahan D, kacau rata, tuangkan bahan E, masak hingga pekat. Masukkan bahan F dan dikacau rata. Akhir sekali, masukkan spaghetti dan kacau hingga sebati. Hidangkan bersama bahan pelengkap.

Saturday, January 14, 2012

Cream puff


Bahan-bahannya :
(untuk 28 biji cream puff)

125 gm self raising flour atau tepung gandum
2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung :

1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastard
5 sudu besar gula

Cara-cara untuk buat puff :

Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan lebih kurang 30 minit. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan inti jagung.

Cara-cara untuk membuat inti :

Kacau tepung kastard dengan air. Masukkan kedalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau hingga naik wap. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam puff. Selamat mencuba.:)

Bingka roti berlauk



Bahan untuk bingka :

10-12 keping roti
800 ml santan / susu UHT
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter (cairkan)
3 biji telur
garam secukup rasa

Cara-caranya :

Roti dikoyakkan dan direndam dengan santan atau susu hingga kembang. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yang telah direndam supaya sebati.Masukkan dalam loyang yang telah disapukan dengan minyak. Bakar dalam oven 180 drj celcius selama 30 minit. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit. Bila telah masak taburkan bahan hiasan. Potong dan hidangkan.

Bahan-bahan untuk buat lauk di atasnya :

400 gm daging kisar/ayam kisar
2 labu bawang besar di potong dadu
1 biji kentang di potong dadu
3 sudu besar rempah kari
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
minyak dan garam secukupnya

untuk bahan hiasan :

daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara-cara menyediakan lauk :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi. Masukkan daging kisar yang telah dicincang. Kacau rata. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan kentang, karot, garam, sos tomato, sos cili, kacau rata. Masakkan sehingga kentang dan karot lembut. Bila telah masak masukkan dalam pinggan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...