jalan-jalan cari makan

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM

RASULULLAH SAW bersabda :

"Kalau seseorang diantara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu. Kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."

(HR. Muslim)

happy birthday

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 13, 2011

Nasi beriani kismis


Bahan-bahan :

8 cawan beras basmathi
8 gelas air
1 cawan susu cair
1 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan kecil puri tomato
1 biji tomato
1/2 cawan daun pudina (kisar)
3 tangkai cili hijau
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 cm halia
daun ketumbar (hiris)
200 gm kismis
sedikit pewarna kuning
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu besar gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun saderi
150 gm daun bawang

Cara menyediakan :

Bawang merah, bawang putih, daun pudina, lada hijau dikisar bersama satu cawan air. Bancuhkan rempah beriani ke dalam bahan yang di kisar tadi. Beras dicuci bersih dan direndam selama 10 minit. Kemudian toskan. Panaskan minyak sapi dan minyak masak ke dalam periuk. Masukkan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu, bawang goreng dan tomato puri. Tutupkan periuk, biarkan mendidih. Masukkan beras. Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa. Biarkan kering dan kecilkan api. Letakkan sedikit demi sedikit pewarna kuning di celah-celah nasi. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar, tomato, daun sup, bawang goreng dan kismis. Jangan dikacau nasi. Biarkan ia benar-benar masak barulah di kacau.

Rusa masak rendang hitam


Bahan-bahan :

1 kg daging rusa (potong lebar halus)
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 helai daun kunyit (hiris nipis)
1 sudu kecil serbuk kunyit
200 ml santan
150 ml minyak masak
150 gm kerisik
sedikit garam

Bahan Tumis :

2 kuntum bunga lawang
3 cm kulit kayu manis

Bahan Kisar :

3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
10 tangkai cili kering

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis, bahan kisar serta serbuk kunyit sehingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan daging rusa dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan santan. Biarkan sehingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut. Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sehingga sebati dan sehingga rendang betul-betul kering.

Ayam goreng muhibah


Bahan A :

1 ekor ayam (potong 12 dan goreng setengah masak)

Bahan kisar :

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
5 tangkai cili merah

Bahan B :

2 labu bawang besar (hiris bulat)
2 biji tomato (potong bulat)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air
1 cawan kismis
2 sudu besar bawang goreng

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan bahan B dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan potongan bawang, tomato dan kismis. Kacau rata dan masak sehingga pekat. Hidangkan dan tabur bawang goreng.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...